Gara-gara berang dikutuk jiran, seorang pemuda di Takalar, Sulawesi Selatan nekad membalas dendam dengan menikam jirannya itu sehingga maut.
Artikel Berkaitan: Lelaki Tikam Bekas Tunang Sampai Mati Dalam Pusat Beli-Belah
Jiran kata suara tak sedap ketika karaoke
Memetik laporan Kumparan News, mangsa, Isra Miraj, 25, ditikam jirannya Sabbara, 39, yang berang dengannya selepas menegur suara sumbang Sabbara ketika berkaraoke.
Suspek yang tersinggung dengan komen dilemparkan mangsa bertindak mencabut badik (sejenis pisau) dari sarungnya sebelum bertindak menikam si mangsa.
Isra yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan kemudiannya dikejarkan ke hospital namun tidak dapat diselamatkan.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika berlangsungnya sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di kawasan perumahan mereka.
Pihak polis kemudiannya menahan Sabbara serta merampas pisau sejenis badik untuk dijadikan bahan bukti.
Sumber: Kumparan News