berita

Gara-Gara Berbual Dengan Kawan, Pelajar Didenda Lakukan 200 ‘Squat’ Sehingga Rosak Buah Pinggang

October 2nd, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang remaja lelaki di Hunan, China berada dalam keadaan kritikal di mana dia mengalami kerosakan buah pinggang selepas dipaksa melakukakan 200 kali senaman cangkung (squat) dan berlari enam pusingan mengelilingi sekolah.

Artikel Berkaitan: Eksperimen Pemindahan Buah Pinggang Babi Paling Lama

Artikel Berkaitan: Wanita Maut Selepas Minum 4 Botol Air Dalam Masa 20 Minit

Sakit pada otot

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Dimsum Daily, Liu, 14 telah didenda oleh guru kelasnya, Encik Tao, kerana dia berbual dengan rakan sekelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Menurut bapa saudaranya, Liu pada mulanya mengalami sakit otot kaki yang teruk sehingga dia sukar untuk berjalan, malah air kencingnya juga berdarah.

Keadaan Liu menjadi makin teruk lalu dia meminta cuti daripada gurunya Encik Wen. Namun, remaja berusia 14 tahun itu dipaksa untuk berlari dan meghabiskan enam pusingan di sekitar taman permainan sekolah.

Liu pengsan pada pusingan yang keenam dan dia meminta pihak sekolah untuk menghubungi ibunya untuk menjemputnya pulang.

Ibu Liu mendapati air kencing Liu berdarah dan terus membawanya ke Hospital Rakyat Ningxiang.

Hasil daripada pemeriksaan, doktor mendapati Liu berada dalam keadaan kritikal dan perlu dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan risiko buah pinggang pelajar itu kemungkinan gagal berfungsi jika mereka lewat sejam.

Akhirnya, hospital mengesahkan Liu Mucheng diagnosis rhabdomyolysis, kerosakan hati dan buah pinggang.

Menurut sumber dalaman di Hongxing Video News, Biro Pendidikan Bandaraya Ningxiang telah mengeluarkan permohonan maaf kepada keluarga Liu Mucheng dan memberi jaminan bahawa mereka akan menanggung perbelanjaan perubatan Liu.

Berikutan daripada itu, pengetua dan guru yang terbabit dalam kejadian tersebut telah digantung tugas, dan pihak berkuasa berkenaan telah memulakan siasatan berhubung perkara itu.

Sumber: Dimsum Daily

SKIP THIS AD ×