Baru-baru ini viral di media sosial video, seorang pengasas produk mendakwa dihalau ketika membuat ‘review’ di sebuah restoran popular di Melaka. Hal ini menyebabkan dia naik angin sebelum bertindak keluar dari kedai tersebut.
Terbaru, pengasas produk tersebut tampil memohon maaf selepas video dia mengeluarkan kata-kata perlian kepada seorang wanita viral di media sosial. Dia juga meminta maaf atas apa yang berlaku di kedai makan tersebut.
Sementara itu, seorang peguam yang dikenali sebagai Nor Zabetha sempat berkongsi pandangan beliau berhubung kes ini kepada orang ramai.
Pantang dilihat membuli
Semalam saya mesej Puan ******, mangsa viral oleh seorang duta produk. Saya tawarkan untuk hulurkan bantuan secara mewakili kesnya di mahkamah. Keterlaluan sangat kata-kata makian terhadapnya. Kali ini, kita mesti ajar. Ajar untuk saman di mahkamah. Ajar untuk tuntut ganti rugi sebanyak mungkin. Ajar tentang adab dan budi bahasa. Ajar supaya lebih tahu merendah diri selepas ini. Sewaktu saya mesej, saya semak juga profil Puan *******. Saya lihat antara profesion yang disenaraikan oleh Puan ******* adalah Pesuruhjaya Sumpah.
Pesuruhjaya Sumpah ini memang banyak berurusan dengan peguam. Pasti dia kenal mana-mana peguam yang dia selesa. Tambah pula profilnya ditulis di Johor. Saya pula di Gombak. Jauh. Barangkali tawaran saya akan ditolak. Tapi tak apa. Saya cuba juga. Saya mesej dan saya nyatakan hasrat untuk membantu dan mewakili kerana saya rasakan perbuatan body shaming dan menjatuhkan reputasi terhadapnya dan keluarga oleh pengasas produk itu teramat keterlaluan. Saya pantang lihat orang dibuli. Memang saya jadi marah.
Menurut peguam ini, dia cuba untuk menghubungi wanita berkenaan untuk cuba membantunya membela nasib dari perkara memalukan itu. Namun, wanita tersebut telah pun bertindak melantik peguam bagi mewakilinya.
Sudah melantik peguam
Saya perasan kaki buli ini, mereka selalu cari orang yang kurang daripada mereka. Misalnya kurang lantang daripada mereka, kemudian mereka buli. Penakut sikit daripada mereka, kemudian mereka buli. Kurang kedudukan atau pangkat daripada mereka, kemudian mereka buli. Kalau jenis yang sama atau yang lebih hebat atau tinggi kedudukan dari mereka, mereka tak berani. Jadi dalam kes Puan ******* ini, memanglah duta itu lebih kaya, lebih popular dan lebih ramai pengikut tetapi ini bukan alasan untuk membuli.
Saya betul-betul hilang sabar. Rasa macam hendak pergi bantu segera. Tak sabar tunggu mesej saya dibalas oleh Puan *******. Malam semalam, mesej saya sudah dibalas olehnya. Dia ucapkan terima kasih kerana memberi sokongan tetapi katanya dia sudah serahkan kes kepada peguam. Rupa-rupanya bila saya selidik, video kata-kata makian ini sejak bulan lepas lagi. Hanya dimuatnaik semula dan menjadi viral setelah kes duta produk ini memviralkan tentang dia dihalau dari restoran di Melaka. Jadi bermakna, saya mesej telah lambat. Pun begitu, saya sokong usaha Puan Surhanizan telah mengambil tindakan segera dengan melantik peguam. Lawan jangan tak lawan. Semoga dipermudahkan urusan Puan dengan team. Semoga memperoleh ganti rugi yang tinggi supaya menjadi pengajaran kepada yang lain.
Tambah peguam ini lagi, video itu sebenarnya video dari bulan lepas lagi namun baru viral sejak kes dihalau dari restoran Melaka. Puan Suharnizan sebenanrya sudah melantik peguam untuk saman malu kepada pengasas produk ini.
Walaubagaimanapun, pengasas produk tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada dua individu tersebut, di laman Facebook miliknya awal pagi tadi.
Sumber : Nor Zabetha