berita

Gara-Gara Cabut Sebatang Gigi, Muka Gadis Ini ‘Lompong’ Dimamah Bakteria Pemakan Daging. Ngeri…

March 13th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

ohbulan_lopongmuka

Antara aspek penting untuk menjaga kesihatan gigi dan gusi ialah memastikan mulut sentiasa bersih dan gigi tidak rosak. Kebanyakan gigi yang rosak akibat penyakit gusi ini boleh diatasi dengan berjumpa pakar pergigian.

Jangan dah terlambat baru nak berjumpa doktor pulak. Seperti yang dihadapi gadis ini, sebahagian mukanya lompong akibat mencabut sebatang gigi! Tak dapat dibayangkan perasaan dan trauma yang dihadapi gadis ini. Bahaya betul…

Screen Shot 2017-03-13 at 11.12.08 AM

(Foto Kredit : MyMetro)

Gara-gara mencabut sebatang gigi, Suth Ret, 18, yang berasal dari Phnom Penh ini menderita ‘muka lompong’ akibat jangkitan bakteria pemakan daging setelah mencabut sebatang gigi. Luka di gusinya tidak dirawat dengan cepat sehingga bakteria yang wujud di tekak gadis ini merebak ke saluran darah.

Akibat mencabut sebatang gigi, seorang remaja perempuan kehilangan separuh wajahnya selepas dijangkiti sejenis bakteria pemakan daging.

Suth Ret terkena jangkitan kuman dikenali sebagai Necrotising Fasciitis selepas menjalani rawatan pergigian berkenaan pada Disember lalu.

Kesan daripada itu, bakteria berkenaan mula memakan kulit dan daging mukanya sehingga menyebabkan gadis ini hampir kehilangan wajah.

Kerana luka di gusinya tidak dirawat dengan cepat, sejenis bakteria yang wujud di tekak remaja itu telah masuk ke saluran darahnya.

Bakteria itu mula memakan kulit dan daging pada bahagian kanan mukanya menyebabkan Suth kini hampir tidak memiliki wajah.

Suth kini bertarung nyawa di sebuah hospital di sini dan doktor berusaha menghentikan kuman itu daripada terus merebak ke keseluruhan mukanya.

Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, anda semua kena ambil pengajaran dan sentiasa menjaga kebersihan mulut dan gigi untuk elakkan perkara tidak diingini daripada berlaku.

sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×