berita

Gara-Gara Cinta Terhalang, Sanggup Bakar Kereta Abang Kekasih

April 2nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Akibat cinta terhalang seorang lelaki bertindak telah membakar kereta seorang jurutera di Menara Maju, Klang pada Selasa lepas. Punca sebenar kejadian adalah disebabkan mangsa telah menghalang cinta suspek bersama adik perempuannya.

Tak puas hati sebab cinta terhalang

 

Sekadar gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Klang Selatan mengatakan bahawa kejadian terbabit mula disedari oleh mangsa kira-kira  jam 2.30 pagi apabila jirannya memberitahu ternampak suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios telah membakar kereta miliknya iaitu kereta jenis Honda City.

Bertindak hasil laporan yang dibuat pengadu berusia 25 tahun itu, suspek berjaya ditahan kira-kira jam 7 petang di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada hari yang sama.

Walau bagaimanapun, polis telah merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios bagi tindakan selanjutnya. Hasil daripada soal siasat, suspek dikatakan telah mengaku bertindak sebegitu kerana tidak puas hati dengan mangsa dan mendakwa dirinya telah dihalang serta dimarahi bercinta dengan adik pengadu (mangsa).

Suspek juga mendakwa dia bukan diupah oleh mana-mana geng kongsi gelap dan tindakan membakar kereta itu hanya kerana tidak puas hati dengan pengadu.

Namun, kes masih lagi dalam siasatan dan suspek kini telah direman selama lima hari sehingga 3 April untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sumber : Sinar Harian

SKIP THIS AD ×