berita

Gara-Gara Cuti Tidak Diluluskan Majikan, Pemuda Mengamuk Campak Gas, Sofa Dari Tingkat 5

January 23rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Berang kerana permohonan cuti ditolak oleh majikan, seorang lelaki bertindak mencampakkan beberapa barangan rumah ke luar rumah. Memetik laporan Kosmo, lelaki tersebut telah membuat permohonan cuti untuk pulang ke kampung bagi menziarahi ayahnya yang sedang sakit.

Cuti tidak diluluskan

Lelaki yang berusia 25 tahun itu bertindak membaling sofa dan tong gas dari tingkat lima kediamannya di pangsapuri Taman Melaka Baru, Batu Berendam. Insiden tersebut dipercayai berpunca daripada majikan yang tidak meluluskan permohonan cuti yang sudah dimohon individu berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah iaitu Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad dari hasil siasatan awal, individu itu bertindak agresif dan beberapa barangan dicampaknya.

Difahamkan dia membuat permohonan cuti itu untuk pulang ke kampung halaman bagi menziarahi bapanya yang sakit. Berang permohonannya ditolak, lelaki tersebut bertindak membaling sofa dan tong gas masak dari tingkat lima ke bawah.

Dipercayai hidap sakit mental

Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi tadi bagaimanapun tidak mencederakan mana-mana penduduk disitu dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Malangnya, barangan yang dicampak tersebut telah terkena pada beberapa kenderaan yang parkir berdekatan. Didapati, kenderaan penduduk disitu turut mengalami kerosakan seperti cermin hadapan pecah.

Nasib baik ketika kejadian tiada individu berada di laluan tersebut dan barang-barang yang dibaling telah menghempap beberapa buah kereta yang diparkir di bawah.

Susulan kejadian kita telah menahannya sebelum dihantar ke Hospital Melaka kerana dipercayai dia menghidapi sakit mental.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×