berita

Gara-Gara Gatal Nak Bagi Pickupline, Sampai Tercukur Sideburn..

April 8th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang wanita yang juga merupakan seorang tukang gunting rambut di sebuah saloon tergamam apabila menerima pickupline daripada pelanggan.

Salah timing cuba bagi pickupline sampai tercukur sideburn

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Yatt Mustafa di akaun TikTok miliknya itu, dia yang sedang asyik menggunting rambut tergamam apabila pelanggan menggelar dirinya dengan perkataan yang tidak elok. Namun pelanggan itu sebenarnya mahu memberikan pickupline.

Sejak kita kenal ni kan, saya tengok kak yatt ni macam haram. Apa kata saya halalkan..

Akibat terkejut, wanita itu tersalah cukur di bahagian sideburn pemuda itu. Walau bagaimanapun, pemuda berkenaan masih lagi tenang dan menghabiskan ayat pickupline yang diberi. Wanita tersebut tersengih mendengar pickupline yang manis itu sebelum membalas semula dengan pickupline juga.

Dengan tenang habiskan ayat pickupline

@yatt_mustafaThrowback Video Lama Xpa Kan.Thank You So Much Dekat Adik2 Yang Selalu Support Mini Salon Kakyatt.##foryourpage ##foryou ##fyp? ##fyp? original sound – Yattmustafa

‘Nasib cakap cepat, kalau tak hilang telinga’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat mereka yang saling berbalas pickupline dan ada juga merasa kesian melihat rambut pemuda tersebut ditobek begitu.

Sumber : yatt_mustafa

SKIP THIS AD ×