berita

Gara-Gara Isteri Tolak Lakukan Hubungan Intim, Bapa Berang Tendang Bayi 4 Bulan Sampai Terpelanting Ke Tandas

February 16th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Niaga.Asia

Siapa sangka, di sebalik insan yang bergelar seorang suami dan bapa tergamak memukul isteri dan menendang anak kandungnya yang berusia empat bulan itu hingga terpelanting ke tandas.

Lebih mengejutkan apabila mengetahui punca bapa muda ini bertindak agresif adalah kerana tidak mendapat ‘layanan’ daripada si isteri.

Tendang bayi empat bulan

Foto: Niaga.Asia

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Tribunnews, suspek yang dikenali dengan nama Adam Malik baru sahaja berusia 19 tahun tergamak bertindak sedemikian kerana berang selepas pelawaannya untuk melakukan hubungan intim ditolak oleh si isteri.

Suspek yang hilang sabar terus memukul dan mengacukan pisau ke arah isterinya yang berusia 16 tahun. Tidak cukup dengan itu, suspek kemudian menendang bayi tersebut sehingga bayi itu terpelanting ke bilik mandi. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di rumah pasangan ini yang terletak di Samarinda, Indonesia.

Telah ditahan polis

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Forum Perkongsian Polis dan Masyarakat (FKPM) Pelita, Marno Mukti, bimbang dengan keadaan anak kecil itu, si isteri terus mendapatkan mangsa sebelum bertindak melarikan diri untuk meminta bantuan penduduk kampung.

Dia juga sempat menghubungi rakannya di FKPM, lalu pihak kami menahan suspek sebelum lelaki berkenaan dihantar ke Balai Polis Samarinda.

Semasa soal siasat, suspek mengaku telah mencederakan anak dan isterinya. Malah, si isteri mengaku bahawa suaminya juga kerap memarahinya tanpa sebab. Difahamkan, suspek yang sudah ditahan itu akan dikenakan tindakan undang-undang.

Dia (isteri) tak nak cium dan peluk saya. Itu yang buatkan saya marah dan pukul dia dan anak.

Susulan daripada insiden itu, mangsa dan bayi berusia empat bulan itu telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×