berita

Gara-Gara Korek Hidung Guna Chopstick, Lelaki Ini Dikejarkan Ke Hospital

September 5th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Ramai yang tidak tahu, tabiat mengorek hidung boleh mengundang bahaya kepada kesihatan. Kajian saintifik menerusi Jurnal Pernafasan Eropah, tabiat mengorek hidung boleh menyebarkan bakteria berbahaya yang menyebabkan radang paru-paru (pneumonia).

Di China, seorang lelaki yang berasal dari Changsha, Hunan perlu menjalani pembedahan gara-gara mengorek hidungnya menggunakan chopstick.

Chopstick 20 sentimeter tertusuk

Menerusi Global Times, kejadian ini dikatakan berlaku selepas mangsa makan malam bersama keluarganya. Individu berkenaan melakukan perbuatan itu semasa di bersendirian selepas ahli keluarganya yang lain meninggalkan meja makan.

Namun, nasib tidak menyebelahi lelaki ini apabila dia hilang keseimbangan ketika bangun dari kerusi sebelum jatuh ke lantai. Chopstick sepajang 20 sentimeter kemudian tertusuk ke dalam hidungnya.

Boleh membawa kematian

Keluarganya kemudian menyedari keadaan itu dan mangsa terus dikejarkan ke hospital tempatan. Mangsa terpaksa menjalani pembedahan dengan segera kerana dikhuatiri chopstick tersebut akan tertusuk lebih dalam.

Doktor kemudian memberitahu keadaan mangsa amat berisiko jika pembedahan tidak dilakukan dengan segera. Ianya boleh membawa kepada kematian.

Selepas selesai pembedahan, lelaki ini kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: Global Times, Shanghaisst

SKIP THIS AD ×