berita

Gara-Gara Larang Guna Motosikal, Anak Sanggup Tetak Bapa Dengan Parang

November 15th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Kejam! Itulah ungkapan yang boleh digambarkan apabila seorang anak lelaki berusia 38 tahun tergamak menetak ayah kandung berusia 90 tahun dengan sebilah parang. Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Tersusun Bukit Chawi, Parit, Perak.

Kejadian malang ini dipercayai berlaku apabila suspek tidak dibenarkan menggunakan motosikal milik ayahnya. Akhirnya, dia bertindak menetak mangsa sehingga berlumuran darah dan melarikan diri.

Terima 12 jahitan

Menurut laporan Astro Awani, suspek yang berusia 38 tahun itu bertindak kejam menetak ayahnya apabila tidak dibenarkan menggunakan motorsikal mangsa. Kejadian berlaku kira-kita jam 2 petang di perkarangan rumah mereka. Mangsa Bahari Itam terpaksa terima 12 jahitan di kepala dan tapak tangan selepas ditetak oleh anak lelakinya.

Selepas siasatan dari Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah mendapati suspek seorang penagih dadah dan dia juga tidak bekerja.

Positif dadah jenis Methamphetamine

Saringan air kencing mendapati suspek telah menagih dadah sejak berumur 20 tahun lagi dan didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Suspek merupakan anak ke 12 daripada 13 adik beradik dan semasa kejadian berlaku tiada saksi yang nampak kejadian yang sebenar. Suspek akan dituduh di Mahkamah Batu Gajah esok di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Berlaku pertengkaran sehingga suspek telah berlari ke dalam biliknya dan mengambil sebilah parang sebelum menetak mangsa sehingga berlumuran darah. Suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki motosikal milik bapanya itu.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×