berita

Gara-Gara Menyanyi Nada Tinggi Di Pusat Karaoke, Lelaki Ini Mengalami Ketegangan Paru-Paru

August 15th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Selain menonton filem di pawagam, pusat karaoke juga sering dikunjungi oleh ramai orang untuk melepaskan tekanan. Malah, tempat hiburan ini juga sering menjadi pilihan segelintir masyarakat meluangkan masa selepas waktu bekerja.

Namun, lain pula terjadi pada kisah kali ini apabila seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas paru-parunya gagal berfungsi sekejap.

Menyanyi 10 buah lagu

Lelaki berusia 65 tahun yang dikenali sebagai Wang melayan karaoke dalam tempoh yang agak lama bersama rakan-rakannya dan sempat menyanyikan 10 buah lagu kegemarannya. Kesemua lagunya itu di dalam versi nada tinggi. Wang mula terasa sakit di dada selepas menyanyi beberapa buah lagu tetapi dia menyangka itu adalah perkara biasa sahaja.

Tidak berapa lama selepas itu, Wang mula mengalami masalah sukar bernafas dan sakit di bahagian dada kiri. Sekali lagi, Wang tidak mengendahkan ‘petanda’ itu dan pulang ke rumah seperti biasa.

Paru-paru tegang

Keesokan harinya, Wang tidak tahan lagi dan terus pergi ke hospital. Ketika diperiksa, doktor mendapati paru-paru Wang tidak berfungsi dengan baik gara-gara sesi karaoke semalam. Menurut doktor, Wang membuatkan paru-parunya menjadi tegang ketika dia cuba mencapai nada tinggi lagu yang dinyanyinya di mana tindakan itu boleh memudaratkan nyawanya.

Menurutnya, dia berasa pelik kerana selama ini apabila dia menyanyikan lagu kegemarannya itu, dia tidak pernah mengalami sebarang masalah.

Jangan menyanyi keterlaluan

Doktor berkata kecederaan yang dialami Wang itu merupakan kecederaan biasa yang berlaku pada lelaki pertengahan umur atau tua meskipun ianya sesuatu yang aneh.

Doktor menasihatkan orang ramai tidak menyanyi secara keterlaluan apabila menyanyikan lagu yang mempunyai nada tinggi dan tempoh berkaraoke yang ideal adalah tidak melebihi dua jam.

Sumber : World of Buzz