berita

Gara-Gara Mesej Ugut Majikan, Lelaki Maut Dipercayai Dibelasah Dengan Batang Mop

March 21st, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Gara-gara berselisihan faham, seorang lelaki maut setelah dibelasah dalam kejadian di sebuah kedai cuci kereta di Taman Chai Leng, Perai, Pulau Pinang.

Mangsa, S.Gehanathan, meninggal dunia pada pukul 11 pagi Rabu setelah didakwa terlibat dengan salah faham dengan majikannya.

Kecederaan kesan dipukul

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, sebelum itu mangsa dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya pada pukul 4.30 petang Selasa akibat kecederaan parah. Pihak hospital dimaklumkan mangsa terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, bedah siasat menunjukkan kecederaan yang dialami bukan akibat kemalangan tetapi perbuatan jenayah. Pemeriksaan mendapati luka di bahagian kepala, muka dan lengan mangsa menunjukkan kesan dipukul.

Dipercayai dipukul guna batang mop

Menurut Nik Ros, Gehanathan dikatakan telah mengirim WhatsApp dengan niat mengganggu isteri majikannya. Lelaki itu juga didakwa mengugut untuk menganggu keluarga majikannya.

Berang dengan ugutan, majikannya bersama dua individu membelasah mangsa sehingga parah. Majikan tersebut kemudian mengarahkan semua pekerjanya untuk berkata mangsa mengalami kemalangan jalan raya.

Pemeriksaan polis di lokasi menemui percikan darah di dinding ruang tamu, sebatang kayu panjang 0.95 meter, tin cat serta kayu mop yang mempunyai kesan darah. Kayu mop itu dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×