berita

Gara-Gara Tuan Rumah Lama Pinjam Ahlong, Penghuni Baru Jadi Mangsa Keadaan!

August 14th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelbagai cara yang akan digunakan oleh kumpulan ‘along’ untuk memeras ugut si peminjam bagi melunaskan bayaran dengan segera. Gara-gara pemilik lama yang membuat pinjaman dan tidak melangsaikan hutang, sebuah rumah rosak di simbah cat merah oleh ahli kumpulan ‘along’.

Menerusi Twitter Azly Amry, dia berkongsi kisah mengenai rumah abangnya yang disimbah cat merah oleh ahli kumpulan ‘along’. Lebih menyedihkan, ‘along’ tersebut tidak kisah sama ada abangya terlibat ataupun tidak dalam kes pinjaman itu.

Owner rumah lama yang pinjam

Menurut Azly, abangnya menjadi mangsa ‘along’ walaupun yang berhutang itu ialah tuan rumah yang lama. Tambahnya, ‘along’ tersebut meminta abangnya untuk membayar RM3k sebelum mereka mengambil tindakan selanjutnya. Ugutan tersebut membuatkan abangnya gusar kerana isteri dan anaknya yang baru lahir menetap di situ.

Nota di tampal dekat pagar

Selain disimbah cat merah, Azly turut memberitahu bahawa sebuah nota berbau ugutan turut ditampal di pagar rumahnya. Nota tersebut merupakan sekadar amaran yang kecil, namun jika tidak membayar hutang yang diminta, ‘along’ tersebut akan mengambil tindakan yang lebih drastik.

Buat aduan dulu

Rata-rata netizen memberikan nasihat supaya abangnya membuat aduan di Unit Banteras Ceti Haram (PPIM) dan laporan polis bagi langkah keselamatan. Di samping itu, netizen turut menyarankan abangnya supaya membawa anak dan isterinya berpindah ke tempat lain terlebih dahulu.

Sumber: Azly Amry

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×