berita

Gavin Yap Bawa Kisah Empat Sekawan Suka Lepak Di Tanah Perkuburan

February 29th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Memilih tanah perkuburan sebagai lokasi untuk melepak pastinya dilihat sebagai aktiviti yang sangat pelik. Namun, ia bukanlah sesuatu perkara yang mustahil dan perbuatan melepak di tanah perkuburan ini memang selalu dilakukan pengarah Gavin Yap.

Artikel Berkaitan: Ajay Devgan Pernah Berdepan Pengalaman Paranormal

Tempat tinggal terletak di kawasan perkuburan

Menurut Gavin, sejak dia dan keluarganya kembali semula ke Malaysia setelah berhijrah ke United Kingdom, tempat tinggalnya memang terletak dengan kawasan perkuburan.

Saya tidak pasti sama ada secara kebetulan atau tidak, apabila kami menetap di Damansara Utama, rumah kami terletak hampir dengan tanah perkuburan. Setelah pindah ke Pulau Pinang, kediaman kami juga masih dekat dengan kubur.

Jadi, boleh dikatakan melepak di dalam kawasan tanah perkuburan memang menjadi antara aktiviti saya bersama rakan-rakan ketika zaman persekolahan dulu.

Pengarah filem ‘Dendam Pontianak ini turut memberitahu bahawa ia telah menimbulkan idea buat dirinya untuk menghasilkan sebuah filem yang berkaitan dengan aktiviti sedemikian.

Ujarnya lagi, berdasarkan pengalamannya itu telah menghasilkan sebuah filem seram berjudul Geng Kubur, di mana dia turut bertindak sebagai pengarah dan penulis skrip.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem tersebut, Gavin berkata, ia mengisahkan tentang empat orang sahabat baik yang menjadikan lepak di tanah perkuburan sebagai aktiviti utama mereka.

Geng Kubur bukan sekadar filem seram semata-mata, tetapi ia menitikberatkan kepada perjalanan kehidupan setiap watak iaitu empat orang sahabat. Di sebalik kegemaran melepak di kawasan kubur, masing-masing ada kisah sendiri yang telah menghantui kehidupan mereka.

Filem Geng Kubur menampilkan barisan pelakon-pelakon muda seperti Firdaus Sufiyan, Mia Sara Shauki, Lion Chong dan Sasidaran selaku teraju utama.

Menurut Gavin, penggambaran dilakukan pada September 2022 di beberapa buah lokasi sepeti di Hulu Langat, Bandar Utama dan Kampung Baru.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×