berita

Gaya Busana Serba Hitam & Dipenuhi Rambut Panjang, Netizen ‘Takut’ Tengok Fesyen Aina Abdul – ‘Seram Tapi Cantik’

June 27th, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Selain cukup terkenal kerana memiliki vokal yang mantap, penyanyi Aina Abdul juga dikenali lewat penampilan dan cita rasa fesyen yang sangat berani.

Penampilan penyanyi terkenal ini di konsert ‘A Night With Aina Abdul 2.0’ sekali lagi menjadi perhatian ramai.

Guna lebih 150 rambut

Konsert yang berlangsung selama dua hari di Istana Budaya mempersembahan pembukaan dengan lagu Fool yang cukup bertenaga oleh Aina Abdul. Namun apa yang menjadi tarikan para penonton adalah busana ‘rambut’ berwarna hitam yang digayakan oleh penyanyi berusia 29 tahun ini. Difahamkan, Aina menyanyikan lebih 26 buah lagu dengan menggayakan 10 busana hasil kreativiti oleh beberapa pereka fesyen terkenal.

Menerusi laporan Astro Awani, idea untuk memakai busana rambut itu adalah hasil perbincangannya bersama dengan penata gaya, Abu Shaef Hamza.

Baju pertama itu adalah alter ego Aina Abdul, kita menggunakan lebih 150 rambut dan rambut-rambut itu diimport dan ia adalah rambut yang sebenar. Baju tersebut telah direka oleh Melinda Looi.

Busana lain dari yang lain, unik!

Sementara sebelum ini, pereka fesyen tanah air iaitu Melinda Looi ada berkongsi video di TikTok lakaran busana yang akan digayakan Aina dan turut menggunakan material helaian rambut sebenar untuk rekaan terbabit. Pereka fesyen yang cukup berbakat ini menjelaskan mengenai proses pembuatan busana tersebut dan mengakui bahawa ia adalah salah satu hasil kerja seninya yang paling tidak akan boleh dilupakan.

Aina Abdul juga ada memuat naik beberapa foto di Instagram memaparkan dirinya menggayakan busana serba hitam itu. Busana ‘rambut’ yang digayakan Aina Abdul mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya agak terkejut dan akui seram melihat busana terbabit.

Mereka berpendapat penampilan serba hitam tersebut menaikkan lagi elemen ‘seram’. Namun ada juga dalam kalangan netizen memuji kesungguhan dan kreativiti Aina Abdul yang membawa kelainan dalam setiap persembahannya.

Komen netizen

Sumber: Astro Awani, Instagram Aina Abdul

SKIP THIS AD ×