berita

Gayakan Koleksi Gucci Di Pagi Syawal

July 27th, 2012 | by Ai
Kini Trendy

Bagi wanita yang meminati barangan berjenama, Gucci merupakan jenama yang tidak asing lagi di kalangan penggemar fesyen antarabangsa. Jenama Gucci telah berada di arena fesyen sejak tahun 1921 dan ia dilihat sebagai salah satu  jenama fesyen terkenal di dunia.

Sempena musim luruh yang akan datang, jenama Gucci telah memperkenalkan beberapa koleksi terbaru daripada butiknya dan ini merupakan koleksi bagi kempen pra musim luruh yang bermula pada 24 Julai yang lalu.

Kasut tumit tinggi rona merah ini kelihatan sungguh cantik dan menarik. Strukturnya yang ringkas dan tumitnya yang tinggi mampu menyerlahkan lagi aura seksi dan anggun si pemakai.

Tas Tangan rona merah ini kelihatan sungguh menarik. Walaupun bentuknya kelihatan sedikit ringkas, tetapi saiznya yang agak besar mampu memuatkan pelbagai barang. Oleh itu, ia sangat sesuai bagi individu yang gemarkan aktiviti mengembara.

Tas tangan rona hitam ini kelihatan sangat elegan dan menarik. Ia sesuai diperagakan sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka apabila menjelang lebaran nanti. Padanan tali berona emas mampu menyuntik eleman kemewahan dalam penampilan si gadis.

 

Tas tangan rona pink ini kelihatan sangat cantik dan menawan. Padanan permukaannya yang bermotifkan kulit ular sawa mampu menyuntik eleman unik dan pesona si gadis. Tali berpotongan pendek mampu memberikan keselesaan buat si pemakai.

Kredit Foto : MSN Life and Style