berita

‘Gedebe Sungguh!’ – Salah Faham Punca Guru Lelaki Kena Serang

July 22nd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam viral di media sosial apabila seorang lelaki bertindak menyerang seorang Guru Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gunung, Bachok, Kelantan.

Menerusi laporan Harian Metro, serangan tersebut dipercayai berlaku selepas salah faham membabitkan anak saudara lelaki tersebut yang di gantung sekolah.

Mereka bertindak menyerang guru

Menurut sumber Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bachok, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada jam 10.30 pagi, Sabtu lalu. Tambahnya, ianya bermula apabila guru tersebut menghubungi ibu bapa pelajar berkenaan supaya hadir ke sekolah untuk tandatangan akujanji namun hanya pelajar tersebut sahaja yang hadir.

Sebelum itu, guru itu menghubungi ibu bapa pelajar supaya hadir ke sekolah bersama-sama pelajar untuk tandatangan akujanji namun hanya pelajar yang hadir. Berlaku salah faham apabila isteri penyerang yang juga bapa saudara pelajar yang digantung sekolah mendakwa guru ini menyerangnya dan mengeluarkan perkataan kurang enak. Mereka kemudian bertindak menyerang guru ini di sekolah, namun selepas diberi penjelasan, mereka faham dan meminta maaf.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kejadian tersebut maish dalam siasatan dan pihaknya belum menerima sebaarang laporan lagi.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.