berita

Gegar Pentas Axiata Arena, Judika Dendang Lagu Cindai Di Hadapan 12,000 Penonton

October 23rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Tepukan gemuruh dan sorakan hampir 12,000 pengunjung menggamatkan suasana Konsert Rockmantic Night-Judika & The Gang yang berlangsung di Axiata Arena, pada malam Sabtu.

Bawa keluarga besar ke konsert

Penyanyi terkenal kelahiran Indonesia, Judika atau nama sebenarnya Judika Nalon Abadi Sihotang, 45, menggegarkan pentas dengan mendendangkan tiga buah lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Malaysia iaitu Sejati, Buih Jadi Permaidani, dan Cindai nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sebenarnya, ada banyak lagu dari Malaysia yang menjadi kegemaran saya. Sebelum ini, saya pernah nyanyi lagu Isabella, Gerimis Mengundang dan Suci Dalam Debu. Jadi, saya sangat teringin nyanyi lagu yang belum pernah saya bawa di Malaysia

Judika turut membawa keluarga besar termasuk isteri, anak-anak, ibu bapa dan ibu bapa mentua terbang ke Kuala Lumpur untuk bersama-sama menyaksikan persembahan istimewanya.

Selain Judika, Rockmantic Night Judika And The Gang turut menampilkan Haqiem Rusli, Shila Amzah, dan Marsha selaku penyanyi jemputan untuk konsert tersebut.
Tiga bakat baharu dari Indonesia iaitu Dnanda, Daniel dan Axin turut berkongsi pentas yang sama sebagai penyanyi undangan.

SKIP THIS AD ×