
Momen pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima bersama ibunya yang dikenali sebagai Mak Semah telah penyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Erma Fatima Bangga Drama Bidaah Jadi Inspirasi 3 Filem Di Indonesia
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Betty Rahmad ‘Mengadu’ Erma Fatima Nak Rampas Fattah Amin Dari Amira Othman, Respon Mak Semah Bikin Netizen Terhibur
Minta restu ibu

Menerusi hantaran di TikTok, aktres dan juga adik kepada pengarah tersebut iaitu Datin Umi Aida, berkongsi momen semasa Erma sedang bersalaman dengan ibunya sebelum berangkat untuk memenuhi tuntutan kerja.
Kejadian setiap kali Erma akan ke outstation.
Erma pujuk mak supaya jangan risau, Erma pergi sekejap sahaja.
Walaupun hang dah berumur 50 lebih, tetap kena dengar ceramah mak tau.
Dalam masa yang sama, Mak Semah juga menitipkan pesanan untuk Erma agar sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan dirinya.
Mak Semah pesan, bila sampai sana telefon. Jangan asyik buat kerja, jaga kesihatan, makan vitamin, tidur kena cukup, keluar dengan siapa kena beritahu mak.
Setuju tak, setua apa pun anak..dia tetap anak kecil di mata ibunya. Itulah sebab mengapa bila pergi ke mana pun Erma wajib update dekat Mak Semah dan adik-adiknya.
Contoh anak yang baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati melihat gurau senda dua beranak itu.
Warganet juga menyifatkan pengarah berusia 57 tahun tersebut sebagai contoh anak yang baik kerana mendahulukan ibunya.
Sumber: TikTok Umi Aida








