berita

Gelar Public Figure Hipokrit, Neelofa Tempelak Pelakon Terkenal?

May 5th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Neelofa

Siapa disini peminat setia Neelofa dan sering mengikuti perkembangan semasa gadis ini di laman sosial Instagram? Jika ya, anda pasti perasan bahawa Neelofa ada memuat naik foto artikel yang ditulis olehnya di Harian Metro semalam.

Jika diamati dan dibaca betul-betul, artikel Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa itu seolah-olah ditujukan kepada selebriti tertentu. Tetapi, kepada siapa ia dituju, kami sendiri tidak tahu.

Bagaimanapun, semalam, ramai peminatnya mengandaikan hasil nukilan Lofa kali ini berkait rapat dan ditujukan pelakon terkenal, Fazura.

Neelofa

Ini semua kerana tulisannya mengenai salah laku yang terjadi di media sosial. Tetapi, apa yang peliknya, artikel tersebut seolah-olah menyindir segelintir selebriti yang kononnya bersikap hipokrit.

Dalam artikel tersebut, Lofa turut meluahkan rasa terkilannya kepada segelintir selebriti yang bertindak menjatuhkan air muka individu lain di laman sosial dan turut menggunakan nama Allah semata-mata ingin dipandang baik oleh masyarakat.

Petikan Nota Neelofa:

Lofa juga nak menyentuh sedikit mengenai segelintir artis atau mungkin ‘public figure’ yang suka bersikap hipokrit dalam laman sosial. Perangai macam ini tidak akan ke mana sebab sebagai insan yang diperhati ramai, jangan biar umum ‘define who you are, you just got to be yourself’. Paling sedih bila ada juga yang suka menggunakan nama Allah untuk menunjukkan diri mereka sentiasa berada di jalan yang benar dan tersangat baik. Menggunakan kata-kata positif berkaitan agama atau nama Allah untuk sesuatu perkara dan pada masa yang betul, memang Lofa sangat sokong, tetapi jika tiap kali menggunakan taktik sama untuk menunjukkan imej yang kononnya baik, bagi Lofa itu psiko. Merendah-rendahkan atau memalukan individu lain melalui laman sosial menunjukkan betapa rendahnya IQ seseorang itu.

Bagaimanapun, sedang elok kami melihat timeline Twitter, kami terpandang status Fazura yang seakan-akan membidas kembali artikel tersebut.

Melalui statusnya, Fazura berkata jika seseorang itu terlalu bersyukur dengan apa yang mereka ada, sepatutnya mereka tidak menulis mengenai perihal orang lain.

Fazura Fazura

Pelik juga kami melihat status-status yang ditulis oleh Fazura semalam, sama ada benar ditujukan kepada Neelofa atau tidak, hanya tuan badan saja yang tahu.

Apapun, perkara yang baik marilah kita ambil sebagai iktibar, yang buruk kita jadikan pengajaran. Tak gitu?

SKIP THIS AD ×