Pelakon yang terkenal dengan watak ‘The Hulk’, Mark Ruffalo menyelar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menggelar rakyat Palestin sebagai ‘collateral damage’ atau pun sebagai ‘kerosakan sampingan’ susulan serangan berterusan dibuat oleh tentera Zionis terhadap penduduk di Gaza.

Artikel Berkaitan: ‘Inilah Wajah Menghiasi Neraka Jahanam, Penghulu Iblis’ – Neelofa

Mereka adalah manusia

Menerusi ciapan yang dibuat di aplikasi X, Bintang Hollywood itu menegaskan bahawa rakyat di Palestin merupakan manusia yang secara ‘kebetulan’ lahir dan terperangkap di negara tersebut.

Tidak dan maaf, mereka bukanlah satu ‘collateral damage’ tetapi mereka merupakan golongan manusia yang ditakdirkan untuk lahir dan ‘terperangkap’ di sana.

Kasihanilah mereka, rakyat di sana bukanlah bangunan atau jalan raya waima bukan benda-benda (yang boleh dikategorikan sebagai ‘collateral damage’). Mereka adalah manusia dan juga tebusan yang mungkin anda (Israel) akan musnahkan.

Mereka bukan ‘collateral damage’.

Terdahulu, portal Huffpost melaporkan dakwaan Netanyahu yang mengatakan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel terhadap orang awam Palestin adalah bersifat ‘kerosakan sampingan’.

Pemimpin Zionis itu turut mendakwa bahawa tentera Israel hanta menyerang Hamas dan sama sekali tidak sengaja menyasarkan orang awam meskipun  angka kematian rakyat Palestin semakin meningkat dari hari ke hari.

Sumber: Aplikasi X, Huffpost