berita

Gelembung Perjalanan Domestik, Inisiatif Kementerian Pelancongan Supaya Korang Boleh Travel

December 4th, 2020 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kita diminta untuk mengehadkan perjalanan. Banyak netizen yang meluahkan rasa terkilan mengenai isu di mana mereka terpaksa membatalkan percutian pada saat-saat akhir.

Namun begitu, dengan adanya inisiatif Gelembung Perjalanan Domestik (GPD) hasil kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), hotel-hotel dan syarikat pengangkutan dalam negara, kini korang dah boleh bercuti bersama keluarga.

Travel dari zon hijau ke zon hijau

Melalui GPD, korang yang berada di zon hijau dah boleh travel atau bercuti ke zon hijau yang lain dengan hanya beberapa langkah mudah. Ada 3 jenis pergerakan GPD yang dibenarkan iaitu:

1 Pergerakan merentasi mukim/daerah yang sama (Intra-State)

2 Pergerakan merentasi mukim/daerah/negeri yang lain (Inter-State)

3 Pergerakan keluar/masuk kawasan

Kesemua pergerakan di atas boleh dilakukan bagi tujuan percutian dan penginapan, pengembaraan, sukan, eko kembara, pelancongan ke pusat tarikan kebudayaan, muzium, karnival dan juga untuk tujuan meeting atau conference.

Patuhi SOP sebelum mulakan pergerakan

Bagi korang yang melakukan pergerakan melalui daerah dalam negeri PKPB atau merentasi negeri PKPP yang berada dalam zon hijau, korang bebas untuk bergerak tanpa kebenaran PDRM dan dibenarkan untuk transit jika perlu.

Walau bagaimanapun, bagi korang yang ingin melakukan pergerakan dari zon hijau tetapi terpaksa melalui daerah atau negeri yang berada pada zon kuning, jingga atau merah, korang perlu mendapatkan kebenaran pihak PDRM.

Namun, diingatkan di sini korang tidak dibenarkan untuk melakukan transit bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebagai contoh, korang nak melakukan pergerakan dari negeri Perlis (zon hijau) ke Pantai Penarik di Terengganu (zon hijau). Korang memerlukan kebenaran pergerakan kerana perjalanan ini merentasi zon kuning, jingga dan merah.

Korang dibenarkan berhenti bagi tujuan seperti  kereta rosak, menunaikan solat dan ke tandas tetapi korang tidak dibenarkan transit sama sekali.

Mohon kebenaran PDRM melalui langkah ini

Dokumen yang korang perlu sertakan untuk memohon kebenaran PDRM sebelum memulakan GPD bagi yang akan melakukan pergerakan melalui zon kuning, jingga atau merah, adalah seperti berikut:

1. My Kad

2. Bil utiliti

3. Dokumen tempahan tiket/premis pelancongan

4. Profil My Sejahtera mestilah dalam mod risiko rendah

5. Travel passport (bagi yang perlu)

Bukan semua dapat melakukan GPD. Hanya mereka yang sihat dan berasal dari zon hijau sahaja yang dibenarkan melakukan pergerakan ini. Tak kisahlah secara individu mahupun berkumpulan.

Kontak rapat dengan kes positif dilarang untuk melakukan pergerakan GPD begitu juga dengan orang perseorangan yang dikenakan HSO dan kuarantin selain orang yang baru kembali dari kawasan zon merah dan orang yang bergejala.

Korang juga digalakkan untuk membuat pembelian pakej pelancongan atau menggunakan khidmat pemandu pelancong bagi memudahkan urusan pergerakan yang akan diurus sepenuhnya oleh agensi pelancongan tersebut.

Selain itu, aplikasi My Sejahtera juga akan diperluaskan lagi bagi memudahkan permohonan pergerakan pelancongan melalui My Travel Pass.

Jadi bagi yang berada di zon hijau, korang dah boleh mula planning untuk bawa keluarga bercuti dan dalam masa yang sama membantu menjana pendapatan bagi industri pelancongan negara.

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik pautan <ini> untuk terus ke website Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya.

SKIP THIS AD ×