berita

Gembira Isteri Hamil Selepas 3 Tahun Mencuba, Luluh Hati Suami Bila Baca Mesej Sebenarnya…

July 27th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang Peguam Syarie, Amalina Adam menerusi satu perkongsian di Facebook menceritakan tentang kisah si suami kecewa apabila mendapat tahu bahawa isterinya telah hamil benih lelaki lain.

Isteri merayu untuk bekerja di kilang

Sekadar gambar hiasan

Kisahnya bermula apabila pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun, namum masih belum ada rezeki lagi untuk mendapatkan zuriat. Menurut suaminya, mereka masih berusaha secara tradisional serta mendapat rawatan dari pakar.

Selepas setahun berkahwin, isterinya dikatakan merayu kepadanya untuk mengizinkan dia bekerja di kilang. Tanpa berfikir panjang si suami bersetuju untuk membenarkan isterinya bekerja atas alasan dapat membantu meringankan beban dalam tanggungan isi rumah. Wanita berkenaan berasa gembira kerana akhirnya dia dapat bekerja dan mempunyai rakan-rakan untuk ‘me time’ nanti.

Setelah hampir setahun bekerja, isteri mula buat perangai. Apa sahaja suaminya buat, semua serba tidak kena. Termasuklah suami menegur isterinya suka pulang lewat malam sedangkan waktu bekerja sehingga jam 5 sahaja.

Kadangkala alasan isteri terlebih ‘me time’ katanya bukan ada siapa pun di rumah yang hendak dilayannya. Hanya menghadap muka suami sahaja, penat juga katanya. Suami pun mula rasa terkilan dengan kata-kata isterinya termasuklah menyesal beri kebenaran isterinya bekerja.

Disebabkan malas untuk bergaduh, suaminya mengambil keputusan untuk tidak menegur isterinya lagi sehinggalah kawannya memberitahu bahawa isterinya selalu bergaul dengan lelaki yang bekerja satu kilang dengan kawannya itu.

Lebih mengejutkan lagi apabila ada yang mengatakan bahawa isterinya adalah seorang janda. Namun, apabila suaminya bertanya, wanita berkenaan hanya mengatakan bahawa mereka hanya sekadar kawan sahaja.

Suami bertindak merampas telefon isterinya tetapi dihalang keras oleh isteri. Suami membiarkan sahaja sehingga dia mendapat idea dengan membuka telefon isteri dengan alasan untuk semak baki akaun dalam aplikasi bank isteri. Dengan pantasnya suami membuat pendua jari ketika isteri sedang leka berbual dengan jiran.

Rupanya isteri hamil anak orang lain

Sekadar gambar hiasan

Pada malam itu, isterinya berasa tidak sihat lalu si suami bergegas membawanya ke klinik berdekatan. Seperti tidak sangka dia mendapat berita gembira bahawa isterinya disahkan hamil dan berasa tidak sabar untuk memberitahu kepada ahli keluarganya.

Namun, kegembiraan itu hanya seketika sahaja apabila dia mengakses telefon isterinya ketika wanita berkenaan sedang mandi dan si suami telah membaca semua mesej isterinya bersama lelaki lain di dalam aplikasi WhatsApp.

Ternyata isterinya telah berlaku curang apabila isteri memberitahu bahawa dirinya telah hamil hasil hubungan haram mereka! Lelaki tersebut bekerja satu kilang dengannya.

Remuk hati seorang suami apabila mendapat tahu bahawa isterinya telah hamil benih lelaki lain dan rupa-rupanya mereka telah bersiap sedia untuk meraikan berita gembira berkenaan setelah isterinya selesai cuti sakit.

Segala perbualan melalui mesej di dalam WhatsApp tersebut dijadikan bukti untuk meminta isteri tersebut menjawab di dalam mahkamah kelak. Suami bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang melalui mahkamah dan tidak berburu-buru membuat keputusan secara peribadi.

Sumber : Amalina Adam

SKIP THIS AD ×