Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tidak langsung melatah dengan cacian netizen berkaitan bentuk badannya yang sedang sarat hamil sekarang. Malah dia hanya membalas dengan tenang. Bella yang merupakan isteri Aliff Aziz itu berkongsi direct message yang diterimanya melalui akaun Instagramnya itu di ruangan Insta Story.
Hanya jawab ‘Alhamdulillah’
Gemok macam babi, sial! Hahahaha
Melalui ruangan Insta Story, Bella hanya membalas mesej yang diterimanya itu dengan Alhamdulillah sahaja. Individu celupar itu telah menyamakan badannya dengan babi.
Bella berkongsi gambarnya ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Ayden di IGnya baru-baru ini dan melalui gambar tersebut jelas kelihatan wajahnya yang semakin sembab.
Dijangka bersalin Jumaat ini
Menurut jangkaan doktor, Bella yang akan bersalin pada 17 Julai 2020 sudah mengalami tanda-tanda awal bakal bersalin. Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah bakal bersalin tanpa ditemani suami tersayang berikutan pintu sempadan negara masih belum dibuka.
Sumber : Bella Astillah