berita

‘Genap 5 Tahun Arwah Memen Pergi’ – Linda Rafar Luah Rasa Rindu

November 12th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Ungkapan merindui insan tersayang sememangnya susah untuk diluahkan apatah lagi, insan tersebut telah pergi buat selamanya. Situasi tersebut mungkin sesuai menggambarkan perasaan pelakon Linda Rafar, yang telah kehilangan anaknya, Rezaimen Keifli atau lebih dikenali sebagai Memen.

Menurut Linda, anaknya itu pergi meninggalkannya selepas berjuang dengan penyakit kanser sejak beberapa tahun lalu. Tambahnya, Memen seolah-olah pergi mempelajari ilmu agama dan dia percaya bahawa mereka berdua pasti akan bertemu satu hari nanti.

Genap 5 tahun Memen pergi

Menurut Linda, setiap yang bernyawa pasti akan berakhir dengan kematian. Tambahnya, dunia ini hanyalah tempat persinggahan untuk setiap manusia bagi mengumpul pahala dan mendapatkan tempat di syurga yang lebih indah kelak. Dalam pada itu, Linda turut memberitahu bahawa semalam genap lima tahun arwah Memen pergi meninggalkan dirinya. Walaupun mereka berpisah di dunia, dia yakin bahawa mereka akan berjumpa suatu hari nanti. Perasaan sayang dan rindu turut diluahkan.

Pasti berlinang air mata

Rata-rata netizen meluahkan perasaan sedih selepas membaca kapsyen yang ditulis oleh Linda di Instagram. Netizen turut berkongsi kisah dan perasaan yang sama seperti Linda dan berharap pelakon itu terus tabah dan kuat menghadapi hari-hari mendatang.

Sumber: Linda Rafar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.