berita

Genap Setahun Pemergian Glenn Fredly, Kata-Kata Mutia Ayu Menyentuh Hati

April 9th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Tanggal 8 April 2020, dunia hiburan Indonesia telah dikejutkan dengan berita pemergian seorang penyanyi terkenal iaitu Glenn Fredly. Kehilangan anak seni yang cukup berbakat ini bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga dan sahabat sahaja bahkan seluruh peminat di Indonesia.

Genap setahun pemergiannya

Semalam iaitu pada 8 April 2021 genap setahun pemergian penyanyi yang popular dengan lagu Januari ini. Berikutan daripada itu, ahli keluarga Glenn Fredly dan rakan seperjuangan telah mengenangkan pemergian penyanyi ini. Tidak ketinggalan, Mutia Ayu iaitu isteri Glenn Fredly turut menggunakan peluang ini untuk meluahkan rasa rindu dan cintanya terhadap suami yang tersayang.

Memang tak dapat dinafikan, isteri mana yang tidak rindukan suami lebih-lebih lagi apabila terpisah oleh dua ‘dunia’ yang berbeza. Dalam kesempatan itu, Mutia Ayu telah berkongsi gambar dirinya ketika hamil sambil ditemani suami tercinta. Paling menyentuh hati apabila membaca kapyen yang ditulis oleh wanita ini mengenai cinta dan kebahagiaan.

Cahaya membawa kita untuk hidup bersama dalam cinta dan kegembiraan.

Cahaya memberikan berkat yang luar biasa, tidak dapat ditandingi. Cahaya selalu memberi kekuatan dari semua kekuatan.

‘Mama Gewa kamu wanita strong’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberi semangat kepadanya supaya terus kuat demi anaknya. Ada juga di antara mereka sedih apabila membaca kapsyen yang ditulis Mutia itu.

Sumber : Tribunnews

SKIP THIS AD ×