Muncul perbincangan di media sosial tentang milenial yang wajahnya masih nampak seperti pelajar universiti.

Fenomena ini secara tak langsung mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen punca generasi ini kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.

Artikel Berkaitan: Gen Z Dipuji Bawa Perubahan Positif – ‘Kebanyakan Jemaah Masjid Lakukan Qiamualail Adalah Orang Muda’

Artikel Berkaitan: Cik B Dedah ‘Income’ Bulanan Lebih Setengah Juta, Tak Sokong Kenyataan Gen Z Pemalas

Gen z vs milenial

Memetik sumber Motivation Owners, kebanyakan pakar dan penyelidik bersetuju bahawa generasi milenial memiliki rupa paras yang lebih muda berbanding generasi Z.

Difahamkan, keadaan ini mempunyai kaitan rapat dengan gaya hidup generasi milenial yang lebih aktif dan sihat berbanding generasi Z yang lebih terdedah kepada teknologi moden.

Menurut beberapa pakar dan penyelidik, mereka yang lahir antara tahun 1985 hingga 1995 dilihat kelihatan muda berbanding Gen z.

Perubahan ini sering dikaitkan dengan faktor gaya hidup seperti kurang merokok, amalan penjagaan kulit yang lebih baik serta tekanan hidup yang datang lebih lewat berbanding generasi muda masa kini.

Selain itu, penggunaan media sosial serta trend kecantikan masa kini yang menjadi kebiasaan dalam kalangan generasi Z turut dipercayai menjadi faktor proses penuaan lebih ketara.

Tambahnya, generasi milenial sempat melalui fasa kehidupan sebelum budaya media sosial dan dunia digital menjadi kebiasaan seperti hari ini.

Selain itu, ada juga yang berpendapat media sosial dan trend kecantikan masa kini mempercepatkan proses penuaan yang jelas kelihatan dalam kalangan GEN Z, manakala golongan milenial pula sempat melalui fasa dewasa sebelum budaya kehidupan dalam talian menjadi norma.

Walaupun persepsi terhadap rupa paras setiap generasi berbeza mengikut zaman, tidak dapat dinafikan gaya hidup, tekanan harian dan pengaruh media sosial memainkan peranan besar dalam bagaimana seseorang itu dilihat menua.

Sumber: Instagram @motivationowners