berita

Geng Basikal ‘Acah’ Samseng Didakwa Pukul Warga Emas Sebab Tegur Salah Jalan?

October 18th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang lelaki warga emas dipercayai dipukul sehingga cedera oleh sekumpulan geng basikal selepas menegur mereka menunggang basikal di jalan raya. Kejadian berkenaan dikatakan berlaku di Kampung Melayu Subang, Selangor.

Dipukul akibat menegur geng basikal

Menerusi perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Aizal Wariner di Facebook, lelaki berkenaan mendedahkan bahawa ayahnya telah dipukul sehingga mengakibatkan cedera pada muka dan anggota badan gara-gara terdapat sekumpulan geng basikal yang tidak berpuas hati dengan teguran tersebut.

Geng geng basikal b*ngs*t. Lu orang memang lebih lah. Kau pukul bapak aku sampai macam ni, sampai lunyai orang tua ni. Korang tinggal dia je eh.

Difahamkan, berlakunya pertengkaran kecil kerana geng basikal berkenaan dikatakan salah jalan sebelum mereka bertindak memukul warga emas terbabit. Ujarnya lagi, teguran berkenaan bukan ‘tiket’ untuk mereka sesuka hati memukul ayahnya.

Kau bawak basikal macam mana s*t*n. Lu salah jalan lepas tu jerit maki suruh bapak aku ke tepi. Bapak aku tegur cara bawak lu, lu orang tak menyabar tak ada borak apa-apa terus bagi bapak aku lunyai eh.

Eh tak apa tak dapat apa. Korang salah pukul orang tua ni, memang ada berlaku pertengkaran tapi lu nak bertengkar sampai keluar anak tekak aku tak kisah tapi tu bukan lesen untuk kau tolak rembat bapak aku, tu orang tua s**l.

Ditinggalkan di tepi jalan

Dalam pada itu, Aizal mendakwa bahawa ayahnya ditinggalkan di tepi jalan dengan keadaan terbaring. Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan meminta jasa baik daripada orang ramai yang menjadi saksi kejadian berkenaan agar menghubunginya untuk tindakan selanjutnya.

Dah terbaring merangkak berkicap bapak aku tepi jalan lu tinggal macam tu je ingat dia b*n*t*ng ke. Makin jijik pula aku dengan geng basikal ni. Aku dapat korang yang buat macam ni, makan tak habis bro. Lu rilek, Subang ni tak besar kejap je ni.

Siapa yang ada nampak kejadian tolong bagitau aku ya. Kejadian berlaki kat sekitar Kampung Melayu Subang depan sikit selepas lampu isyarat simpang masuk Seri Cahaya.

Sumber : Aizal Wariner

SKIP THIS AD ×