berita

Geng ‘Mat Motor’ Konvoi & Beri Dana Kepada Bapa Tunggal Sara 3 Anak OKU Bikin Netizen Terharu

November 14th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Bila sebut sahaja ‘Mat Motor’, pasti ramai diantara kita terbayang sekumpulan penunggang motosikal yang sering melakukan aksi-aksi bahaya di atas jalan raya sehingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Namun, tidak semua diantara mereka yang berperangai seperti itu.

Terbaru, tindakan mulia sekumpulan ‘Mat Motor’ telah konvoi demi menghulurkan bantuan kepada seorang bapa tunggal yang menguruskan tiga orang anak istimewanya mendapat perhatian netizen.

RM25, 140 berjaya dikumpulkan

‘Mat Motor’ yang dimaksudkan ini adalah anggota Geng Motorsport dari beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu. Seramai 250 penunggang Geng Motorsport berumur antara 20 hingga 40 tahun telah menyertai konvoi tersebut.

Menerusi perkongsian di Facebook, Aresif Pok Are mereka berusaha mengumpul dana sebanyak RM25, 140 dan menyerahkan bantuan tersebut kepada seorang bapa tunggal, Mohd Zain Abdullah bagi meringankan beban lelaki ini dalam menyara tiga orang anaknya yang menghidap Cerebal Palsy (CP). Ini merupakan kutipan tertinggi yang pernah mereka perolehi sepanjang melakukan kerja amal.

Menerusi Riverbed, jurucakap Geng Motorsport iaitu Ardy Datok Agos dari geng Isabella96Family berkata bahawa kutipan tersebut dilakukan secara sukarela sebaik sahaja kisah Mohd Zain dan anak-anaknya itu mula viral di sosial media dan group Whatsapp.

Kutipan dana tertinggi

Tambahnya lagi, kumpulannya telah mengumpul dana sebanyak RM5,000 siap dihias dalam bentuk jambangan bunga untuk diberikan kepada Mohd Zain bagi menceriakan hari anak-anak itu.

Mereka yang prihatin dengan keadaan keluarga ini seterusnya menghebahkan kepada ribuan ahli dari geng permotoran tersebut untuk menghulurkan sumbangan derma serta barangan keperluan yang diperlukan oleh bapa tunggal ini untuk menguruskan anak-anak istimewanya itu.

Ardy berkata, matlamat utama mereka menubuhkan kumpulan ini adalah untuk mengumpulkan anak-anak muda ke arah aktiviti yang lebih sihat.

Mentor yang terdiri daripada penunggang berpengalaman akan membimbing anak-anak muda tentang keselamatan jalan raya dan menasihatkan mereka mengelakkan daripda berlumba di jalan yang mungkin menyebabkan banyak pihak susah.

Netizen terharu

Sumber: Aresif Pok Are, Riverbed