berita

Geng Pagi Hot Makin ‘Hot’, Kali Ini Nak Bagi Wang Tunai Sehingga RM20k!

September 10th, 2020 | by Shahira
Shout Out!

Istimewa buat pendengar setia Hot FM! Trio Geng Pagi Hot (GPH) iaitu Shuk, Shuib dan Fizie bakal menyajikan kandungan yang lebih hangat daripada biasa khas buat korang. Pada bulan ini, korang berpeluang mengenali trio ini dengan lebih dekat lagi malah katanya boleh menang RM20,000. Menarik kan?

Cabaran 5 Hari Mengenalimu

Setelah hampir 2 tahun mengekalkan trio Shuk, Shuib dan Fizie, kini tiba masanya GPH menampilkan kelainan buat pendegar Hot FM. Memandangkan sudah lama menjalinkan hubungan persahabatan, maka ketiga-tiga personaliti GPH ini akan diberi masa selama 5 hari untuk mengenali antara satu sama lain dalam cabaran ‘5 Hari Mengenalimu’. Agak-agak sejauh mana chemistry antara diorang ni kan?

Apa yang menariknya, bukan hanya mendengar malah korang juga berpeluang untuk ‘mendekati’ trio ini dalam satu pengisian khas GPH. Pengenalan yang terjalin ini akan mewujudkan kemesraan dalam perhubungan stesen radio tersebut bersama pendengar setia. Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali mengakui bahawa, kekuatan GPH adalah datangnya dari keserasian antara ketiga-tiga personaliti radio ini.

Sudah hampir 2 tahun kami mengekalkan trio GPH ini dan bagi merancakkan lagi pengisian GPH, mereka bakal diberi cabaran 5 Hari Mengenalimu sempena ulang tahun Shuib pada 12 September. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji erti persahabatan dan chemistry antara mereka dengan harapan agar boleh dijadikan contoh baik kepada pendengar.

Berpeluang menangi RM20,000

Sementara itu, GPH akan berkolaborasi dengan pelajar-pelajr muzik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria, Kuala Lumpur bagi memberi nafas baru kepada lagu patriotik, Setia sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Kolaborasi tersebut turut menampilkan penyanyi popular, Siti Sarah dan Syamel.

Selain itu, Hot FM menampilkan kempen menarik buat pendengar dengan menawarkan wang tunai sehingga RM20,000 menerusi Hot FM Duit Dari Kayangan. Menurut Ainul, untuk kempen kali ini, Kiki Kayangan masih memainkan peranan penting sebagai puteri dari kayangan yang turun ke bumi untuk menawarkan wang tunai buat pendengar setia Hot FM.

Mesti korang tertanya-tanyakan, macam mana nak dapatkan Duit Dari Kayangan ni? Pertama sekali, korang kena dengar Hot FM sepanjang hari dan nantikan nyanyian atau sajak dan sebagainya yang akan disuarakan oleh Kiki Kayangan. Kemudian, korang perlu tunggu isyarat memanggil dan telefon Hot FM di 03-77108822 untuk teka apakah tajuk lagu dan siapakah penyanyi dengan betul berdasarkan snipet audio yang disuarakan oleh Kiki Kayangan sebentar tadi. Kempen ini akan berlangsung dari 7 September hingga 2 October 2020.

Dengarkan Hot FM

Pendengar juga boleh siap siaga dengan mendengarkan Hot FM mulai  7 September hingga 2 October 2020 untuk peluang menyertai Hot FM Duit Dari Kayangan setiap Isnin hingga Jumaat di Geng Pagi Hot, Shuk, Shuib & Fizie (6 pagi – 10 pagi), Jam Hot, Deen & Haziq (4 petang – 8 malam) dan Mega Hot, Zetty (8 malam – 12 tengah malam). 

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 105.1FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.  

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.com.my dan Youtube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 dan Twitter @hotfm976 dan Whatsapp 017-302 8822. Untuk lebih mudah, korang download je aplikasi Hot FM di Apple app store, Google play dan Huawei App Gallery.

SKIP THIS AD ×