berita

Gerak Khas Satukan Sheera Iskandar Dengan Suami

May 4th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kalau dah jodoh tak kemana. Siapa sangka ketika menjalani penggambaran drama bersiri Gerak Khas dua tahun lalu merupakan detik pertemuan pasangan suami isteri ini.

Selamat bernikah

Pelakon Sheera Iskandar telah menamatkan zaman janda dengan memilih teman hidupnya iaitu seorang anggota polis, Mohd Halim Abdul Ghani pada majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup di ibu kota, petang Isnin.

Ketika majlis berlangsung, pasangan tersebut telah dinikahkan oleh jurunikah daripada Jabatan Agama ISlam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Firudz Sader dan Halim telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.

Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas mengatakan majlisnya diadakan secara tertutup dan dihadiri seramai 70 tetamu termasuk ahli keluarganya serta rakan terdekat bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Bertemu jodoh ketika jalani penggambaran

Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar dikatakan bertemu jodoh dengan suaminya ketika menjalani penggambaran tersebut dan tidak menyangka yang suaminya yang memulakan salam perkenalan dahulu.

Walaupun ketika itu dia merahsiakan statusnya sebagai janda, namun keluarga pihak lelaki tidak melihatnya sebagai seorang janda dan bertanya mengenai kisah silamnya.

Turut hadir ketika majlis raikan cinta pasangan berkenaan ialah rakan artis seperti Salina Saibi, Abby Abadi dan juga penerbit drama bersiri Gerak Khas itu juga Datuk Yusof Haslam bersama isterinya Datin Fatimah Ismail.

Sumber : Harian Metro , _salinasaibi_

SKIP THIS AD ×