berita

‘Geram’ Dipenjara Bersama, Lelaki Bunuh Perogol Adik Sendiri Selepas Dapat Tahu Cerita Sebenar

August 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki di Washington, menerima padah apabila dikenakan hukuman penjara selama 24 tahun susulan dakwaan membunuh banduan yang berkongsi sel dengannya.

Difahamkan, suspek berbuat demikian susulan rakan banduannya itu dipercayai pernah merogol adik perempuannya.

Dipercayai bunuh perogol adik sendiri

Foto: Fox32Chicago

Menerusi laporan yang dipetik daripada Fox32Chicago, suspek yang berusia 26 tahun, didakwa membunuh seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun yang sedang menjalani hukuman 43 tahun penjara atas salah laku seksual melibatkan kanak-kanak. Susulan daripada pembunuhan tersebut, suspek dipercayai sempat meminta maaf kepada keluarga warga emas itu atas tindakannya.

Saya tak dapat bayangkan kehilangan orang tersayang dengan cara ini. Buat isteri dan keluarganya, saya minta maaf. Saya betul-betul meminta maaf dan berharap anda boleh sembuh daripada apa yang telah saya lakukan.

Difahamkan, suspek berasa ‘kurang senang’ berkongi sel dengan lelaki tersebut selepas dia menceritakan jenayahnya secara terperinci. Susulan mendengar kisah yang diceritakan, suspek bertindak memukul mangsa dari belakang dengan tumbukan dan tendangan. Serangan tersebut secara tidak langsung membuatkan mangsa tidak lagi sedarkan diri.

Meninggal dunia selepas dipukul

Sekadar gambar hiasan

Lelaki warga emas itu dilaporkan meninggal dunia selepas tiga hari. Difahamkan, mangsa didapati bersalah kerana melakukan jenayah cabul dan rogol melibatkan kanak-kanak serta memiliki bahan pornografi pada tahun 2019. Manakala, suspek itu dipenjara atas tuduhan menikam dan mencederakan seseorang serta mencuri kereta polis.

Berbicara lebih lanjut, suspek pernah membuat rayuan untuk menukar teman sebiliknya namun, permintaan tersebut sama sekali tidak dilayan.

Banyak benda dalam kepala saya. Saya tak stabil ketika itu. Saya sampai ke tahap itu sebab dia tetap nak ceritakan perincian tentang apa yang berlaku, apa yang dia lakukan, tentang gambar dan video dia lakukan jenayah tersebut.

Sumber: Fox32Chicago

SKIP THIS AD ×