berita

‘Geram’ Kena Tinggal, Ebby Yus Pernah Berjalan Dari Klang Ke KL, Cerita Sebab Masih Bujang

February 21st, 2020 | by faris
Video Popular

Julai tahun lalu, viral di laman sosial foto pelakon dan pelawak Ebby Yus berpakaian pengantin bersama penyanyi seksi, Zizi Kirana. Ramai yang terkejut dengan foto berkenaan dan menyangka mereka benar-benar berkahwin walhal mereka hanya menjayakan program komedi JKK di TV3.

Masih membujang di usia 55 tahun, otai ini menjelaskan dalam satu video mengapa dia masih sendiri walaupun rakan seangkatan sudah beranak-pinak dan menimang cucu.

Cerita perjalanan hidup

Ebby yang ditemubual Caca pada mulanya menceritakan bagaimana dia memulakan karier dalam bidang lakonan, liku-liku kehidupan dan bagaimana hidupnya bertukar setelah jatuh sakit. Ditanyakan mengenai kisah cinta yang tidak kesampaian, Ebby secara berseloroh berkata mahu menamatkan perbualan di situ sebelum mula bercerita.

Menurut pelakon yang mula menjadi pelakon drama persilatan ini, dia dan bekas kekasih sudah menyayangi antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, wanita itu telah mengatakan jika bekas teman lelakinya mahu kembali menjalin hubungan, dia terpaksa meninggalkan Ebby.

Yakin dengan kasih sayang dan perhatian diberi, Ebby tidak merasakan perkara itu satu masalah buatnya. Satu hari, ketika ke rumah bekas kekasihnya itu, wanita berkenaan tidak berada di rumah. Beberapa hari kemudian Ebby dan pasangannya ketika itu ke bandar Pandamaran, Klang untuk berbincang.

Di sana, wanita itu menceritakan dia sudah kembali kepada bekas teman lelakinya dan mahu memutuskan hubungan dengan Ebby. Geram dengan keputusan itu, pelawak berkenaan sanggup berjalan dari Klang menuju ke Kuala Lumpur dari 9 malam sehinggalah sampai ke destinasi ketika hampir subuh.

Sumber: Hashtag Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×