berita

Geran Padanan Pelancongan, Seni & Budaya Bantu Penggiat Industri Anjur Program Berimpak Tinggi

April 28th, 2022 | by Emir
Kini Trending

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) baru sahaja memperkenalkan inisiatif terbaharu mereka sebagai usaha membantu penggiat industri iaitu Geran Padanan Pelancongan, Seni & Budaya (GPPSB).

Geran pertama ialah Geran Sepadan Sektor Pelancongan (GSSP) manakala geran kedua ialah Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GPSK) dan kedua-duanya berjumlah RM50 juta.

Tujuan geran ini diperkenalkan adalah sebagai usaha untuk merangsang aktiviti seni dan kebudayaan yang terhenti serta mempromosikan kembali Malaysia sebagai destinasi perlancongan yang terunggul di rantau Asia.

GSSP fokus program domestik dan antarabangsa

Sempena pembukaan semula pintu sempadan negara, GSSP akan memfokuskan kepada program domestik dan antarabangsa.

Penganjur boleh boleh memohon lebih dari satu penganjuran program pada tahun semasa, tapi perlulah mempunyai konsep dan idea yang berbeza.

Kesemua program ini dapat dijalankan sehingga 31 Disember 2022 dan permohonan boleh mula dibuat bermula 60 hari sebelum acara bermula bagi acara domestik dan 90 hari sebelum acara bermula bagi acara berperingkat antarabangsa.

Tarikh akhir penerimaan borang permohonan GSSP adalah pada 31 Oktober 2022.

GSSK memfokuskan acara kesenian dan kebudayaan

Penganjur acara kesenian dan kebudayaan juga dibenarkan untuk memohon lebih dari satu permohonan acara tetapi mestilah mempunyai tema dan tarikan yang berbeza.

Peruntukan yang boleh dimohon adalah sehingga 90% daripada kos anggaran perbelanjaan keseluruhan bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sehingga 80% dari kos anggaran perbelanjaan bagi syarikat yang ingin menganjurkan acara sedemikian.

Permohonan dan penghantaran kertas kerja boleh mula dibuat 60 hari sebelum pelaksanaan program dan program boleh dijalankan sepanjang tahun sehingga 31 Oktober 2022. Tarikh akhir permohonan adalah  pada 31 Ogos 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai geran-geran ini, korang boleh layari laman web Tourism Malaysia.

SKIP THIS AD ×