berita

#GETACTIVE Watsons 2019 Terima Sambutan Hangat, 8,000 Pencinta Zumba Banjiri Sunway Lagoon

October 22nd, 2019 | by Epul
Kini Trending

Pada Sabtu (19 Oktober 2019) lalu telah berlangsungnya acara zumba terbesar #GETACTIVE Watsons 2019 di Sunway Lagoon. Kembali atas permintaan ramai, acara yang sudah diadakan selama 6 tahun berturut-turut itu dibanjiri 8,000 pencinta zumba yang hadir untuk merasai pelbagai aktiviti kecergasan sambil berhibur di ruangan pameran yang disediakan.

Jom kita tengok apa yang menarik di #GETACTIVE Watsons 2019 Sabtu lalu?

Strong by Zumba tarik perhatian pengunjung

Strong by Zumba oleh Natalie Constanti

Bermula dari jam 4 petang, aktiviti dimulakan dengan penampilan duta Watsons yang juga merupakan hos pada hari berkenaan iaitu Jinnyboy, seterusnya senaman kecergasan zumba oleh Zumba Jammers, Alex Phang dan Deno Au. Lalu diikuti dengan ujian tahap kecergasan fikizal terhadap peserta melalui Strong by Zumba oleh Natalie Constanti yang merupakan juara Tae kwon-do, penari profesional dan penari kecergasan fizikal.

Bersama-sama wakil Strong by Zumba Malaysia, Sunny Cheong, Natalie mempersembahkan pelbagai gerakan Strong by Zumba yang kita kenali sebagai revolusi latihan intensif tinggi menggunakan muzik dan bergerak dalam senaman berimpak tinggi.

Zumba adalah senaman kecergasan ideal untuk semua tanpa mengira usia dan jantina

Dari burpees, tekan tubi dan pelbagai lagi senaman berimpak tinggi, setiap gerakan diselaraskan mengikut muzik tertentu. 1 jam aktiviti senaman yang diiringi muzik, ia ternyata menarik minat pengunjung yang hadir selepas dataran Sunway Lagoon padat dengan pencinta zumba biarpun cuaca pada malam itu sedikit hujan.

Cuci mata di bazar kesihatan dan arked kecergasan

Timbalan Menteri, Pejabat Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Sabran Abd Bahar dan Pengarah Urusan Watsons, Malaysia, Caryn Loh selfie bersama duta Watsons, Jinnyboy

Acara gemilang ini bukan saja mengetengahkan Zumba Fitness & Strong by Zumba, malah peserta turut berpeluang untuk berseronok dan mendapat ganjaran daripada bengkel kesihatan, trak makanan serta pameran produk kesihatan dan kesejahteraan di bazar kesihatan serta arked kecergasan yang disediakan.

Antara bengkel kesihatan yang menarik perhatian di #GETACTIVE Watsons 2019 adalah Nutrabliss, Flavettes, Kkirabe dan Derma Health Labs Skin. Peserta boleh mencabar diri mereka di struktur pendakian batu, menikmati juadah menyelerakan dan mencuci mata di bahagian lain dalam bazar.

Galak gaya hidup sihat kepada masyarakat

Untuk pengetahuan korang, #GETACTIVE Watsons tahun ini memperkenalkan kempen “Be Strong” yang menggalakkan orang awam untuk mengutamakan aktiviti fizikal dan pemakanan yang betul untuk manfaat semua peringkat umur, latar belakang dan keupayaan.

Menurut Watsons, ia amat penting bagi setiap peserta untuk menjadi aktif. Selain melibatkan diri dalam sebarang bentuk senaman untuk mencegah penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser dan strok, mengurangkan lemak, melegakan tekanan, meningkatkan tenaga dan harga diri.

Jadikan Watsons destinasi beli-belah ideal

Timbalan Menteri, Pejabat Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Sabran Abd Bahar dan Pengarah Urusan Watsons, Malaysia, Caryn Loh bersama peserta zumba

Kata Pengarah Urusan Watsons, Malaysia, Caryn Loh, acara Strong by Zumba misalnya adalah salah satu pemacu utama Watsons untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan meletakkan Watsons sebagai destinasi beli-belah kesihatan dan kecantikan yang ideal.

“Zumba bukan sahaja senaman seluruh badan, tetapi satu aktiviti sosial yang menjadikan ahli masyarakat lebih dekat bersama dalam komuniti dan kekal popularitinya di seluruh dunia. Ia adalah pengalaman kecergasan yang sangat digemari dan hari ini kami hanya membawa yang terbaik kepada para peserta”

Seronokkan #GETACTIVE Watsons tahun ini? Buat korang yang tak berkesempatan untuk join, doakan semoga #GETACTIVE Watsons akan diadakan sekali lagi tahun hadapan okay!

The following two tabs change content below.