berita

Gigi Lebih Putih Dalam 3 Hari Apabila Guna Colgate Optic White O2*, Barulah Bertambah Manis Senyuman

April 27th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Korang tahu tak penampilan seseorang tidak lengkap tanpa senyuman yang manis? Walaupun kita dah pakai pakaian cantik-cantik dan mekap, tetapi tanpa senyuman yang manis, penampilan tersebut akan jadi hambar.

Tak dinafikan ramai yang kurang keyakinan diri nak senyum dikhalayak ramai atas beberapa faktor dan keadaan gigi. Namun, sekarang korang dah boleh menarik nafas lega kerana ubat gigi Colgate Optic White O2 bantu korang untuk senyum dengan yakin dalam 3 hari penggunaannya*.

Gigi lebih putih dalam 3 hari*!

Menggunakan teknologi Active Oxygen Bubble, Colgate Optic White O2 mampu memutihkan gigi sehingga satu tona lebih cerah selepas 3 hari penggunaannya*.

Mengeluarkan berjuta-juta buih halus yang mengandungi oksigen aktif ketika memberus gigi, buih-buih ini kemudiannya akan menyerap masuk pada enamel gigi dan bertindak memutihkan gigi dengan lembut dari dalam hingga luar permukaan gigi.

Guna 2 kali sehari untuk kesan optimum!

Colgate Optic White O2 merupakan ubat gigi anti kaviti berfluorida. Ianya juga lembut pada enamel gigi dan gusi serta bebas gula dan gluten, tak hairanlah produk ini sesuai digunakan setiap hari.

Kalau korang nak kesan pemutihan gigi yang lebih efektif, tolong follow tips yang min kongsi dibawah. Confirm, dalam 3 hari je korang dah boleh tersenyum yakin sepanjang masa.

1. Picit ubat gigi Colgate Optic White O2 dan berus gigi menggunakan teknik memberus secara bulatan.

2. Apabila korang dah mula rasa sensasi buih-buih hangat dan halus – ini bermakna ia berfungsi! Teruskan memberus selama 2 minit untuk memastikan pembersihan lengkap.

3. Jika ada mengambil makanan seperti berasaskan kunyit, kari dan masak lemak, berus gigi korang sejurus selepas makan, ini membantu mengelakkan stain tersebut kekal pada gigi.

4. Jangan lupa berkumur sehingga bersih sisa ubat gigi.

5. Gunakan pembersih mulut seperti Colgate Plax bagi menjaga kebersihan mulut.

6. Lakukan rutin ini dua kali sehari, pada setiap waktu pagi dan malam.

Ha..mudah je kan rutin yang min kongsi diatas? Benda kita dah buat hari-hari, cuma kali ni kita tambah baik dengan menggunakan ubat gigi Colgate Optic White O2 untuk senyuman yang lebih menawan!

Kami dah cuba & ini kesannya. Korang bila lagi?

Diberi peluang untuk try ubat gigi Colgate Optic White O2, memang terasa ye sensasi panas, suam-suam semasa memberus gigi. Lepastu, lama-lama rasa sejuk… mungkin kesan pudina dalam ubat gigi. Take note ye, bau pudina dalam ubat gigi ini agak kuat tetapi jangan risau ianya tak menyengat dan buat mulut kekal segar sepanjang hari.

Paling best, gigi dan mulut rasa bersih lepas min gosok gigi dengan Colgate Optic White O2. Terus confidence nak senyum sepanjang hari.

Tampil yakin pada hari istimewa dengan Colgate Optic White O2!

Bukan itu je, tak lama lagi kita kan bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, jadi, inilah masanya kita nak cuba keberkesanan Colgate Optic White O2. Barulah nanti boleh tersenyum riang dan gembira di pagi raya.

Dimana nak dapatkan Colgate Optic White O2? Korang boleh dapatkan produk terbaru Colgate ni disemua pasar raya, farmasi, Guardian, Watsons, Shopee dan Lazada

* Apabila digunakan mengikut panduan, gigi akan putih 1 tona dalam 3 hari. Keputusan berbeza mengikut individu.
**Simpan ubat gigi pada suhu bilik
***Tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak berumur 6 tahun kebawah.
****Ubat gigi ini tidak boleh ditelan.

SKIP THIS AD ×