berita

Giliran Shila Amzah Pula Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018

March 27th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Tahun lalu pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa Mohd Noor dan pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof telah berjaya tersenarai dalam Forbes 30 under 30 di Asia dibawah kategori runcit dan e-dagang. Difahamkan bahawa acara tahunan ini sedang memasuki tahun ke tiga dan akan menyenaraikan 30 penerima dalam 10 kategori yang berbeza.

Terbaru, Shila Amzah telah berkongsi kegembiraan dan kesyukurannya setelah berjaya tersenarai dalam Forbes 30 under 30 Asia 2018.

‘Alhamdulillah berjaya tersenarai dalam Forbes..’

Ucapan tahniah dari peminat yang turut bergembira dengan kejayaan baru penyanyi tersebut membanjiri ruang komen yang baru dimuatnaik hampir sejam tadi. Selain itu, Shila Amzah juga turut bergembira kerana berjaya tersenarai bersama-sama kumpulan nyanyian pop korea yang diminatinya – Bangtan Sonyeondan (BTS).

‘Tersenarai bawah kategori celeberities

Shila Amzah telah tersenarai dibawah kategori celebrities. Kesemua penerima adalah mereka yang berusia bawah 30 tahun dan dipilih kerana telah memberikan impak dalam bidang masing-masing. Kategori lain termasuklah Teknologi Pengguna, Teknologi Perusahaan, Hiburan dan Sukan, Seni, Kewangan dan Modal Teroka, Industri, Pembuatan dan Tenaga, Penjagaan Kesihatan dan Sains, Usahawan Sosial dan Media, Pemasaran dan Pengiklanan, Peruncitan dan E-dagang. Admin ucapkan tahniah dan semoga Shila dapat memberikan inspirasi berterusan buat anak muda di Malaysia yang menceburi industri seni disini.

Credit: shahilaamzah

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×