berita

Giliran Ustazah Asma’ Harun Tegur Ifa Raziah? – ‘Semua Ayat Itu Hanya Hujah Akal Untuk Halalkan Dosa Secara Terbuka’

May 25th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun memberi teguran kepada penyanyi yang terpalit dengan isu tidak bertudung namun sudah tiga kali dijemput Allah SWT ke tanah suci Makkah. Walaupun tidak dinyatakan siapakah gerangan artis tersebut, namun ramai merasakan teguran itu ditujukan kepada Ifa Raziah.

Artikel berkaitan : ‘Yang Pasti Akan Ke Liang Lahad’ – Ustazah Asmak Husin Tegur Kenyataan Ifa Raziah Isu Tak Pakai Tudung Tapi 3 Kali Pergi Mekah

Artikel berkaitan : ‘Saya Belum Pakai Tudung Tapi Allah Dah Jemput Saya Tiga Kali ..’ – Digelar Jahil, Netizen Takut Dengar Ifa Raziah Berhujah

Ramai salah faham mengenai hukum pakai tudung

Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asma’ menyatakan bahawa ramai orang yang salah faham mengenai keutamaan menutup aurat dan menyebabkan perkara wajib itu dilengah-lengahkan, namun perkara yang sunat atau harus pula dikejar sehingga terabai perkara yang wajib.

Seandainya kita sentiasa diberikan nikmat yang melimpah-ruah tanpa henti walaupun hidup dalam keadaan fasiq iaitu berterusan melakukan maksiat yang nyata, berhati-hatilah dengan rezeki yang dikurniakan Maha Pemberi Rezeki kepada kita.

Tanda istidraj ke atas seseorang itu adalah Allah membiarkan dia dalam kemaksiatan yang dilakukan dan tidak disegerakan azab ke atasnya.

Dalam pada itu, ustazah Asma’ turut meluahkan rasa bimbang dengan tindakan penyanyi tersebut kerana dianggap boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat. Malah, dia turut menasihatkan supaya berhati-hati dengan ucapan kerana bimbang ia merupakan musibah tersembunyi.

Alhamdulillah, peluang untuk menunaikan haji atau umrah itu memang direzekikan kepada mereka yang terpilih, namun kayu ukur yang lebih penting ialah apa perubahan yang berlaku pada diri kita selepas pulang daripada haji atau umrah?

Adakah akhlak dan ibadah kita lebih baik, sama sahaja atau semakin buruk? Allahuakbar.

Jangan perkecilkan perintah Allah

Ujarnya lagi, jangan salah faham jika ada individu yang hendak menegur kita kerana dia bukan hendak membuat kerja Allah SWT, namun sedaya upaya melaksanakan kerja yang Allah SWT perintahkan sebagai seorang saudara se-Islam.

Menutup aurat bukan ertinya berlagak suci, juga yang berhujah dengan ayat ‘kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup masing-masing, jangan disebut aib orang secara terbuka dan lain-lain. Semua ayat itu hanya hujah akal untuk halalkan dosa secara terbuka.

Di akhir posting, Ustazah Asma’ mendoakan agar kita sentiasa berada dalam taufiq dan hidayahNya serta bersegera memohon keampunan dan rahmatNya.

Sumber : Ustazah Asma’ Harun

SKIP THIS AD ×