berita

Giliran Ustazah Asma’ Tegur Trend ‘Unboxing Pengantin’ – ‘Jangan Sampai Menjadi Seorang Suami Dayus!’

January 13th, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Isu trend melakukan video ‘unboxing by husband’ atau ‘unboxing pengantin’ di TikTok turut menarik perhatian pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun.

Artikel Berkaitan: Trend ‘Unboxing Pengantin’ Tengah Rancak Di TikTok, PU Syed Tegur Pengantin Muda – ‘Dedah Aurat Haram, Apatah Lagi Aurat Isteri Kalian!’ 

Terkejut dan sedih

Sedih menonton video itu, Ustazah Asma’ mempersoalkan di mana perasaan malu dalam diri biarpun belum sampai tahap membuka pakaian seperti di barat.

Allahuakhbar, terkejut dan sedih rasa apabila melihat trend ‘unboxing by husband’ yang dimuat naik beberapa pasangan muda yang baru sahaja bernikah dan masih memakai busana pengantin.

Walaupun bukan sehingga tahap membuka pakaian seperti barat, namun saya tertanya tidak ada sekelumit perasaan malu dalam diri ketika memuat naik video?

Ke manakah peranan seorang suami yang seharusnya menjaga maruah dan kehormatan rumah tangga yang baru sahaja dibina?

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Asma’ memberi peringatan kepada kaum suami untuk tidak menjadi lelaki dayus semata-mata demi ‘content’.

Islam sangat menitikberatkan tentang sifat malu pada diri seseorang, begitu juga buat suami isteri. Hikmahnya supaya tidak timbul fitnah (syahwat) kepada orang lain, rasa tidak senang orang sekeliling yang melihat atau mempengaruhi orang yang belum ada hubungan sah untuk turut melakukan perbuatan yang dihalalkan kepada suami isteri.

Namun pesanan penting buat pasa suami peliharalah aurat dan maruah isteri, serta didik dirinya dengan taqwa dan sifat malu. Jangan sampai menjadi seorang suami yang dayus.

Untuk kaum wanita pula, jangan biarkan diri kita terpedaya dengan kehendak nafsu sendiri, bimbang kelak bila sudah terlambat terpaksa menanggung penyesalan yang tiada kesudahan.

Pasangan bukanlah objek yang layak diperlakukan sebegitu tanpa rasa segan atau mengaibkan.

Tayang momen romantis bukan tanda bahagia

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ menekankan tayang momen romantis bersama suami ataupun isteri kepada orang ramai bukan menjadi kayu ukur kebahagiaan sesebuah keluarga.

Sebagai ketua keluarga, suami perlu sedar dan tahu membezakan perkara yang baik di sisi agama ataupun sebaliknya. Bersederhanalah dalam ekspresikan kebahagiaan.

Yakin dan percayalah bahawa mempamerkan momen romantis bersama pasangan untuk tontonan umum bukanlah kayu ukur sebenar kebahagiaan. Lumrah lelaki suka melihat, wanita suka dilihat.

Namun, pesanan penting buat para suami, peliharalah aurat dan maruah isteri, serta didik dirinya dengan taqwa dan sifat malu. Jangan sampai menjadi seorang suami yang dayus. Dan buat kaum wanita, jangan pula biarkan diri kita terpedaya dengan kehendak nafsu sendiri, bimbang kelak bila sudah terlambat terpaksa menanggung penyesalan yang tiada kesudahan.

Sumber: Facebook @Ustazah Asma’ Harun

SKIP THIS AD ×