Sejak kebelakangan ini, ada desas desus mengatakan pelakon dan penyampai radio, Zulin Aziz akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Sekarang ini, Zulin Aziz kelihatan agak sibuk dengan persiapan bagi menjelang majlis kahwinnya tidak lama lagi.
Ramai dalam kalangan netizen masih berteka-teki, siapakah bakal suami kepada bekas penyampai radio Suria FM ini?
Gimik pun bukan
Takde istilah propa pun.Tak de ckp apepun. Gimik pun bukan, sekadar persiapan. Semoga segala urusan dipermudahkan, doakanlah yg baik2. nak jelas satu2 perlukan masa. Perlukan kekuatan. Sabar naa… inilah jalannya. inilah cara yg terbaik, insyaAllah.
Saya kenal setahun lalu
Terima kasih pada semua yang mendoakan
Ucapan tahniah itu membuat hati saya
Untuk apalah saya nk buat gimik?
Nak cari publisiti murahan bukan ini caranya.
Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumahtangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu.
Ya,saya sudah bersedia.Itulah doa dalam tahajud saya,ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu.
Akhirnya saya diketemukan dengan dia.Dia menerima saya apa adanya.Saya sangat bahagia.Saya bersungguh2 kuruskan badan sebab nak nampak cantik dihari perkahwinan nanti.
Kerana menghargai kehadirannya dan kesungguhannya menyunting saya untuk dijadikan isteri,saya ciptakan lagu khas buatnya.Saya nak buat kejutan dihari bersejarah itu nanti.
Segalanya sudah dirancang kemas,tinggal lagi dia dan keluarganya datang kesini seperti yg dijanjikan.Saya pun sudah sering berulang alik kesana kemari.
Lagu pun dah siap,tak sabar saya nak bagi dia dengar.Saya tulis lagu ni sepenuh hati saya tau.
Saya gantikan dengan sesuatu yang baru
Kita hanya merancang tapi Allah sebaik2 perancang.
Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang.Sebabnya ..tidak dapat saya kongsi.terlalu peribadi.hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu.
Jadi lagu yang saya dah cipta penat2 tu utk apa?nak buat apa?saya cuba kuatkan semangat dan mengambil hikmah disebalik kejadian.saya terpaksa tukar lirik lagu tu sesuai dengan keadaan skrg dan teruskan hasrat saya walau tujuannya berbeza kalau sebelum ini nak dijadikan lagu tema perkahwinan kami tapi sekarang dah jadi lain.
Benda pun dah siap,bersusah payah saya buat,saya keluarkan duit sendiri,takkan saya nak simpan saja.saya ambil jalan ini untuk teruskan juga.Tak apalah,Jadi Saya buat music video.Saya gantikan dengan sesuatu yang baru.
Terima kasih yang mendoakan dan memberi saya kata2 semangat.Bukan mudah,saya perlukan masa nak hadap semua ini.Tapi bila saya baca cmmnt anda semua,saya sangat bersyukur sebab ramai yg sayangkan saya.
Semoga urusan ini dipermudahkan.Saya cuba menjadikan kegagalan ini sebagai kejayaan disudut yang lain.
Manalahtau harini saya meredah hujan,esok saya nikmati pelangi..
Maafkan saya #danketikaitu
Saya sudah sehabis jujur
Sumber: Zulin Aziz