berita

Girlfriend, Boyfriend Korang Mudah Merajuk & Sentap? Pujuk Diorang Macam Ni… Confirm Cair!

June 4th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Memiliki kekasih hati bukan mudah tau. Sebenarnya ada banyak cabarannya especially, bila pasangan kita merupakan insan yang berhati lembut dan sensitif.

Kadang tu memang pening nak handle diorang ni. Ye lah, tiba-tiba je muka dia monyok dan masam mencuka. Jadi, kali ni min nak share tips atau cara korang nak pujuk diorang dengan jayanya.

5 langkah mudah ini buat buah hati bahagia!

Mudah je nak ambil hati dan pujuk kekasih kesayangan korang bila diorang tengah bad mood. Korang boleh cuba 5 teknik dan tips yang min kongsikan ni. Pasti berkesan. Paling penting buat dengan ikhlas sebab perempuan suka lelaki yang bersungguh-sungguh jaga hati diorang.

1. Minta maaf banyak kali

Jangan malu atau ego untuk mengungkapkan kata maaf apabila kita melakukan kesalahan. Kata-kata maaf ini sangat hebat kesannya. Ianya dapat meredakan kemarahan pasangan sekaligus, menjadikan suasana yang tadinya tegang menjadi lebih tenang.

Kalau pasangan korang masih monyok dan masam mencuka, jangan provoke dia tau sebaliknya, ubah topik perbualan dan dalam masa yang sama selitkan kata-kata maaf dan janji jangan ulangi kesalahan yang sama.

2. Ajak jalan-jalan

Ajak jalan-jalan adalah alternatif kedua yang korang boleh gunakan untuk ambil dan pujuk hati pasangan korang. Hal ini kerana, semasa berjalan-jalan korang dan pasangan boleh luangkan masa bersama-sama.

Masa ni la korang boleh ajak pasangan melawat tempat yang disukainya. Mesti terus baik mood pasangan korang. Jangan lupa bergurau senda semasa perjalanan. Ianya akan jadi kenangan terindah buat korang dan pasangan di kemudian hari nanti.

3. Hadiahkan jambangan bunga

Tips yang ketiga ni dah jarang orang buat. Ada yang rasa membazir bagi bunga. Lebih baik bagi barang yang boleh dipakai katanya.

Namun begitu, korang tahu tak pemberian jambangan bunga sekali sekala merupakan salah satu teknik yang sangat berkesan nak pujuk pasangan kita. Perempuan dan bunga ni ada emotional connection. Secara automatik diorang akan rasa gembira bila dapat bunga.

Tak percaya? Korang cuba la. Gerenti berjaya, cuma bunga sekarang dah mahal sikit la… hehehehe.

4. Teman diorang layan filem/drama kegemaran

Selain 3 cara di atas, korang juga boleh ambil hati pasangan dengan ajak dan teman diorang tonton filem dan drama kegemaran diorang.

Tindakan ini membolehkan hubungan korang jadi lebih rapat. Kalau boleh kongsikan pandangan korang berkaitan watak-watak dalam filem atau drama tersebut cuma jangan berlebihan sehingga menganggu mood pasangan ketika menonton.

Ini merupakan salah satu bentuk penyataan yang jelas kepada pasangan bahawa korang okay dan faham minat dirinya.

5. Stock up jajan (snack) diorang

Kredit: Scarlett @ dongminie_bear

Ye… stock up jajan atau kudapan adalah antara teknik yang sangat berkesan untuk pujuk kekasih hati bila diorang merajuk. Hal ini akan buat pasangan korang rasa korang prihatin dan ambil berat tentang rutin snacking diorang.

Kalau boleh, beli yang limited edition macam Mister Potato perisa misteri Korea Jinjja Syok la. Memang lain maciem… Confirm kekasih korang suka, boleh la dia mengudap sambil layan drama Korea.

Menggunakan campuran rempah ratus yang unik, Mister Potato edisi terhad perisa misteri Jinjja Syok confirm beri korang pengalaman snacking yang luar biasa dan benar-benar #RidiculouslyTasty.

Nak cerita banyak pun tak boleh, dah nama pun perisa misteri. Apa yang pasti, Mister Potato edisi terhad perisa misteri Jinjja Syok adalah hasil kolaborasi bersama artis terkenal korea, Cha Eun-Woo. Maka, tak hairanlah korang akan dapat menikmati dan merasai authenticity rasa daripada Korea itu sendiri.

Berminat nak dapatkan produk Mister Potato edisi terhad perisa misteri Jinjja Syok? Korang boleh klik SINI atau kunjungi mana-mana pasaraya yang berdekatan dengan tempat tinggal korang.

Tambahan pula, sekarang korang boleh dapat buku nota edisi terhad Cha Eun-Woo dengan pembelian bernilai RM20 dan keatas. Best kan?

Siapa cepat dia dapat. Kalau stok habis jangan marah min pulak ye.

MAMEE’s Official Store on Shopee: https://shopee.com.my/mamee.os

Instagram: https://www.instagram.com/misterpotato_my/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/misterpotatocrisps/

SKIP THIS AD ×