berita

Girlfriend Dari Justin Bieber!

August 14th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Aroma wangian yang memberikan sejuta kesegaran dalam kehidupan pasti menjadi rebutan ramai tambahan pula ianya daripada penyanyi kacak iaitu Justin Bieber.

Fenomena penghasilan minyak wangi daripada selebriti terkenal bukanlah perkara asing lagi, ini kerana bagi si pemakai mereka inginkan keharuman seperti selebriti yang mereka sayangi.

Selepas berjaya dalam penjualan album yang mencecah jutaan ringgit, kini tiba giliran Justin Bieber memaling ke arah penghasilan minyak wangi buat kali kedua yang menjamin keharuman yang berpanjangan.

Jika dahulu beliau menghasilkan wangian popular pertama iaitu ‘Someday’, kini sekali lagi beliau melakukan penghasilan terbaru dalam semburan wangian yang mengasyikkan.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Boyfriend’ ini mengambil inspirasi daripada nama tersebut di antonimkan dan dinamakan pada wangian terbaru beliau iaitu Girlfriend.

Kejayaan yang diperolehi amat memberangsangkan apabila wangian Girlfirend dijual satu botol setiap minit pada minggu pembukaan.

Menurut Justin Biebier, beliau lebih menumpukan kepada minyak wangi wanita berbanding lelaki.

Haruman kewangian Girlfriend ini bakal memecah rekod dengan kejayaan luar biasa terhadap penjualan minyak wangi tersebut.

Ini juga membuktkani bahawa fenomena demam Bieber masih belum berakhir apabila minyak wanginya mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminatnya.

SKIP THIS AD ×