berita

Glamouriety : Filem 2 Beradik Bina Empayar Kosmetik Benefit

June 5th, 2012 | by M
Filem Antarabangsa

San Francisco merupakan bandar raya pertama yang menjadi titik tolak kepada penubuhan empayar kosmetik Benefit, dimilik oleh 2 adik beradik, iaitu Jean & Jane Ford. Sesuai dengan peredaran zaman, kedua-dua adik beradik ini berhasrat untuk merakamkan kisah suka duka mereka sepanjang menjayakan Benefit melalui sebuah filem pendek berjudul, Glamouriety.

Berlainan dengan filem berbentuk biografi seperti Facebook, Jean & Jane Ford mengambil pendekatan berlainan dalam menyalurkan mesej kepada penonton. Mood filem disesuaikan dengan zaman 70-an dimana unsur broadway dititikberatkan bagi menghiburkan para penonton.

Setiap babak cerita yang dipaparkan dalam filem ini merupakan kisah benar yang ditempuhi oleh Jean & Jane Ford termasuklah kisah unik pelanggan pertama mereka, seorang penari bogel.

45 minit berlalu, filem ini amat berlainan dengan tanggapan awal kami. Ia penuh dengan mesej-mesej tersembunyi melalui lagu yang didendangkan, dimana anda perlu mendengar dengan teliti untuk memahami kandungan keseluruhan filem ini. Pasang telinga beb!

Penari Bogel…

Babak pertama bermula dengan kisah seorang penari bogel yang mendapatkan bantuan kedua-dua beradik untuk satu tujuan yang pelik – Merahkan Puting. Penari bogel ini merayu kepada mereka agar mengeluarkan rumusan bagi menjelaskan bahagian putingnya demi menarik perhatian pelanggan.

Jean & Jane kemudiannya merebus petal bunga warna ros & merah tua sehingga terciptanya warna merah jambu yang kini kerap digunakan dibahagian bibir dan pipi.

Hasilnya, penari bogel itu datang semula kepada Jean & Jane dan menempah 6 biji botol serta berkongsi rahsia ‘kejelitaan’ itu bersama rakan kerjanya.

Petani Berjiwa Sensitif

Kisah pelik tapi benar ini didokong pula dengan jalan cerita seorang pelanggan Benefits yang setia. Kebiasaannya, pelanggan setia bagi sesuatu produk kosmetik datangnya daripada kaum wanita. Bagaimanapun, pelanggan setia Benefit ini merupakan seorang lelaki yang sudah berkahwin yang bekerja sebagai petani, tapi ingin kelihatan cantik seperti wanita.

Kesetiaan pelanggan ini dibalas dengan janji dua beradik bahawa mereka akan menghantar setiap keluaran terbaru Benefit secepat yang mungkin.

Dr. Feelgood

Kami bersetuju bahawa babak Dr. Feelgood meninggalkan kesan kerana ia penuh dengan unsur lawak serta seksi. Babak ini merupakan hiperbola dimana Dr. Feelgood ialah satu karakter yang diwujudkan bagi menceritakan kehebatan produk Benefits dalam menghilangkan garisan kedut serta liang pora.

Menceritakan serba sedikit mengenai babak ini, seorang pesakit wanita yang sedang nazak dimasukkan ke dalam wad kecemasan bagi tujuan penyelamatan. Walaupun dalam keadaan cemas, Dr. Feelgood datang dalam keadaan kool dan berjaya menyelamatkan pesakit berkenaan.

Kata Jean & Jane Ford

Filem Glamouriety ini boleh dikatakan satu cara Benefit untuk membantu pekerja mereka supaya memahami produk serta sejarah silam syarikat dalam bentuk visual.

Kami sempat bertanya kepada Jean & Jane Ford sama ada mereka mempunyai perancangan untuk membuat lagi sebuah filem yang mempunyai unsur tempatan bagi mendekatkan lagi hati pelanggan dengan produk Benefit.

Berkata kepada OHBULAN, mereka bersetuju bahawa idea yang kami cadangkan adalah baik dan akan mempertimbangkannya.

Trailer selepas ini.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×