

Baru-baru ini, Samsung telah melancarkan sebuah pertandingan fotografi “Go the S-tra Mile” bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia menerokai hidden gems di seluruh Malaysia dengan Siri Galaxy S.
Kalau korang nak tahu, Siri Galaxy S23 ni telah dilancarkan pada awal tahun ini dan disebut sebagai Telefon Pintar Kamera Terbaik oleh netizen.
Samsung jemput 6 jurugambar profesional
Untuk memeriahkan dan menyemarakkan lagi semangat jurugambar di luar sana untuk menyertai pertandingan ini , Samsung juga telah menjemput 6 jurugambar profesional.
Antara jurugambar profesional yang terlibat adalah:
- @thinnesh.jpg
- @real.joshuase
- @tianchad
- @azizimusa_
- @neysaassila
- @sesat_in_malaysia
Oh ya, pada 23 November lepas, seramai 6 pemenang telah pun dipilih untuk merakam perjalanan indah mereka sepanjang di Korea. Tahniah!
Lebih menarik, setiap pemenang ditemani oleh salah seorang daripada enam jurugambar profesional tersebut untuk memberi inspirasi sekaligus memberi tunjuk ajar dalam merakam detik-detik epik menggunakan Siri Galaxy S.
Nak tengok hasil gambar pemenang?
Mesti korang tak sabar nak tengok gambar hasil bidikan 6 pemenang ni kan? Jom kami kongsikan..






Fuh, memang cantik kan semua gambar-gambar ni? Patutlah terpilih sebagai pemenang. Guna pulak Siri Galaxy S23, memang gempaklah hasilnya!
Kalau korang perasan, gambar-gambar yang diambil semuanya sharp dan nampak ‘hidup’ kan? Mana taknya, Siri Galaxy S23 ni dilengkapi dengan kamera 200MP yang boleh menghasilkan 16x resolusi lebih tinggi untuk butiran yang menakjubkan dalam setiap gambar.

Ia juga datang dengan ciri Nightography yang membolehkan korang mengambil selfies, potrait dan merakam video dengan jelas dan terang pada waktu malam.

Ciri-ciri seperti Dual Pixel Precise & fast focusing + AI Stereo Depth Stunning pula dapat memberikan hasil bokeh yang menakjubkan pada gambar korang serta Super HDR untuk gambar yang 4x lebih luas bagi foto 50MP.
Bukan itu saja, dengan ciri AI Object-aware engine (depan) pada Siri Galaxy S23 ni, video yang dirakam akan kelihatan lebih sharp dan ia juga menyokong aplikasi seperti Instagram, Snapchat dan Tik Tok.

Untuk maklumat lanjut tentang Siri Galaxy S23, korang boleh layari laman web Samsung dan klik di sini untuk lihat gambar-gambar epik pemenang Go the S-tra Mile.








