

Mahu memupuk minat golongan anak muda terhadap dunia penyiaran, personaliti radio berpengalaman iaitu Wan Syahrul Amry mengambil insiatif dengan menubuhkan dua kelab baharu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Label Jurusan Masscomm Sebagai B*doh, Pensyarah UiTM Anggap DMA Islam Tak Ada ‘Knowledge’
Artikel Berkaitan: 19 Tahun Beraya Sebagai Ibu Tunggal, DJ Lin Bersyukur Ada Anak-Anak – ‘Mereka Tidak Pernah Tinggalkan Saya’
Pupuk minat dunia penyiaran

Dua kelab di bawah naungan Wan Syahrul Amry atau lebih dikenali sebagai Wan Ajaib itu adalah Kelab Pencinta Radio Kelantan dan Akademi Wan Ajaib.
Dengan pengalaman hampir dua dekad dalam industri radio Malaysia, termasuk di stesen IKIM, Suria FM dan Zayan, Wan Ajaib kini memilih untuk ‘pulang berbakti’ ke tanah kelahirannya di Kelantan.
Kelab dan akademi ini ditubuhkan sebagai platform untuk melahirkan bakat baharu dalam bidang radio, podcasting dan media digital di negeri tersebut.
Menurut Wan Ajaib, matlamat utamanya adalah ingin ‘mencipta peluang, bukan hanya hiburan’ kepada generasi muda Kelantan mengenali potensi diri dan menjadikan minat terhadap radio sebagai kerjaya.
Kelantan sebenarnya penuh bakat. Kita cuma perlu bagi platform dan pendedahan. Akademi ni bukan sekadar mengajar, tapi juga membina jati diri dan keyakinan untuk bersuara – dari konti ke komuniti.
Fungsi Kelab & Akademi

Kelab Pencinta Radio Kelantan akan menjadi ruang komuniti terbuka untuk peminat penyiaran termasuk daripada peminat muzik, pengacara amatur, peminat nostalgia radio klasik, hinggalah ke generasi baru TikTok dan podcast.
Aktiviti seperti sesi konti terbuka, bengkel teknik suara, dan sembang santai bersama figura radio akan dianjurkan secara berkala.
Manakala Akademi Wan Ajaib pula akan berfungsi sebagai pusat latihan dan bimbingan khusus dalam bidang penyiaran dengan modul merangkumi asas penyiaran radio dan podcast dan penulisan skrip kreatif.
Selain itu, Akademi Wan Ajaib turut berfungsi sebagai pusat pengurusan kandungan media sosial, teknik rakaman dan suntingan audio serta etika penyiaran Islamik dan tanggungjawab sosial digital.
Penubuhan ini juga dilihat seiring dengan projek CSR jangka panjang Radio Komuniti Wan Ajaib.com, yang sedang dirancang untuk beroperasi sebagai radio digital komuniti pertama di Kelantan.
Untuk maklumat lanjut, pendaftaran program, atau kerjasama strategik, sila layari www.wanajaib.com atau ikuti di Instagram dan TikTok @wanajaib.








