berita

Gosip : Pemain Bola Sepak Punca Pengacara Popular Berubah Tutup Aurat

May 28th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

couple-silhouette

Kalau dilihat imej terbaru pengacara wanita popular ini, memang sejuk mata memandang. Semakin hari semakin ayu pula sejak berhijrah.

Sebelum ini dia lebih selesa membiarkan rambutnya mengurai, namun beberapa bulan lepas selebriti ini dilihat mula menutup sebahagian kepalanya biarpun masih belum bertudung penuh.

Dalam rancangan kendaliannya juga selebriti berkenaan semakin terbuka mempamerkan imej terbarunya yang lebih sopan.

Menurut sumber-sumber terapat, pengacara yang juga penyampai radio itu di dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik kerana kini sedang menjalinkan hubungan cinta.

Tambah sumber lagi, teman lelaki barunya itu adalah seorang pemain bola sepak dan mempunyai personaliti yang agak islamik. Barangkali pengacara berkenaan terbuka hati untuk menutup aurat sedikit demi sedikit kerana dinasihatkan oleh teman lelakinya.

Baguslah jika mempunyai kekasih yang membimbing ke arah kebaikan, jangan pula jadi macam sesetengah individu yang terpesong membuat perkara-perkara tak berfaedah kerana terpengaruh dengan pasangan.

Apapun, jika benar pengacara tersebut sudah menemui cinta baru, kami doakan hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Pasti dia juga teringin merasai kemanisan berumahtangga memandangkan kawan-kawan rapat yang seangkatan dengannya pun sudah ramai menamatkan zaman solo.

SKIP THIS AD ×