berita

Gossip : Hubungan AG Coco & Adira Tak Menjadi, Orang Ketiga Jadi Punca?

September 13th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Mungkin ada yang terlepas pandang, tapi baru-baru ini OHBULAN! telah dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari kawan. Katanya, penyanyi putih melepak dari sebuah rancangan realiti, Adira telah berpisah dengan gitaris Hujan, Ag Coco.

Mei lalu, sebuah akhbar online tempatan pernah mengeluarkan artikel mengatakan Adira dan AG Coco sedang bercinta. Namun apabila dihubungi, kedua-duanya hanya memberikan jawapan yang ‘selamat’.

“Kami mula berkenalan sejak Mac lalu apabila dia bekerjasama dengan saya dalam sebuah projek terbitan Astro, Akustik Adira. Sejak itu, kami sangat rapat dan andaikata dia ditakdirkan menjadi jodoh, saya terima. Setakat ini saya selesa dengannya tetapi belum lagi sampi ke tahap bercinta.” – Adira, artikel penuh disini.

Berdasarkan dari apa yang kawan OHBULAN! katakan, boleh ditafsirkan bahawa hubungan Ag dan Adira tidak menjadi. Antara puncanya adalah disebabkan orang ketiga. Menurut sumber, baru-baru ini Ag telah dilihat pergi menonton wayang bersama seorang selebriti wanita yang mula dikenali menerusi lakonannya dalam filem arwah Yasmin Ahmad. Mereka berdua juga dilihat hadir bersama ke sebuah majlis gala tahun ke-12 sebuah syarikat produksi tempatan.

Kalau benarlah gosip ini, boleh tahan juga ya abang gitaris Hujan kita ni kan?

Sumber Foto : Facebook AG Coco

SKIP THIS AD ×