berita

Guardian Tawar Promosi Hebat Sempena Aidilfitri! Inilah Peluang Korang Nak Shopping Sakan!

May 11th, 2021 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Kredit foto: shutterstock

Rasanya macam baru je melangkah ke tahun baru 2021, eh ni dah nak Raya? Haa Sekejap je kan. Tak terasa pun beberapa bulan yang lalu ini sekarang dah pun sampai ke musim perayaan yang paling kita nanti-nantikan!

Dalam pada korang sibuk nak buat persiapan dengan hias rumah, beli kuih raya, rancang menu di pagi raya dan sebagainya tu. Jangan lupa buat persediaan untuk diri sendiri juga tau.

Pastikan korang bersiap cantik-cantik di pagi raya! bila dah berhias tu barulah keyakinan diri jadi bertambah. Lagi-lagi pula dalam masa yang mencabar sekarang memang kita perlu selalu tampil elegan untuk tingkatkan lagi keyakinan diri, tak adalah insecure dah.

Guardian boleh tolong korang untuk jadi lebih jelita yakin 

Guardian kini menawarkan promosi hebat untuk hampir 600 produk kosmetik di kesemua cawangan mereka seluruh Malaysia! Haa inilah masa yang sesuai untuk borong barangan kosmetik yang korang perlukan sebab korang berpeluang menikmati penjimatan berlipat ganda!

Antara jenama hebat yang menjadi sebahagian daripada promosi ini adalah Maybelline, Lakme, Catrice Cosmetics, PALLADIO, Holika Holika, Cathy Doll dan banyak lagi.

Dari lipstick, maskara, pemerah pipi sampailah ke bedak asas semuanya ada promosi tau! Korang pergi je Guardian yang berdekatan dan pilih sendiri. Memang rambang mata dibuatnya.

Dalam 5 minit je korang boleh tampil berseri di pagi raya!

Siapa kata nak bersiap perlukan masa yang lama? Mungkin agak kelang kabut sikitlah kalau korang bersolek dalam masa 5 minit, tapi tak bermakna hasil solekan korang tak cantik okay!

Lagi-lagi kalau korang gunakan produk yang betul dan bersesuaian dengan kulit korang. Hasilnya, mesti on point punyalah!

Macam video dekat bawah ni, Nasha dengan Nandini buat ‘5 minutes make-up challenge’ walaupun, dorang sibuk kejar masa tapi hasilnya tetap cantik ya..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAYS (@saysdotcom)

Antara produk yang boleh korang cuba

Eyeliner ni bila pakai dia terus bagi muka korang look yang lebih bold. Tak kisahlah kalau solekan korang tu dah paling minimal habis pun tambah je eyeliner terus nampak lagi da boom! 

Maskara jangan lupa sisss! Wardah Eye Expert Volume Expert Mascara ni mudah digunakan dan akan buat bulu mata korang kelihatan lebat serta lebih panjang. Tak ada bulu mata palsu? No problem! Wardah boleh tolong.

Rangkaian pemerah pipi daripada Cathy Doll memang sangat pigmented, guna sikit je pun dah cukup tau. Layangkan sedikit ke pipi dan hidung, wajah korang akan kelihatan lebih bermaya.

Pembayang mata daripada Sugarbelle akan jadi pelengkap keseluruhan solekan korang di hari raya nanti! Kalau korang tak ada masa nak gabungkan 2-3 lapisan warna pembayang mata, cukup dengan pilih satu warna je untuk disapu ke kelopak mata. Kemudian tadaaa dah siap solekan raya korang!

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai promosi Guardian dan update terbaru mereka, korang boleh lawati laman web rasmi Guardian di SINI ataupun layari laman Facebook mereka di SINI.

Selamat shopping and selamat hari raya!

SKIP THIS AD ×