berita

Guna Aplikasi KFC Boleh Jimat Banyak? Ini Yang Korang Kena Tahu!

March 4th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Sekarang ni walaupun nak order makanan secara online dah mudah tapi kena bijak jugak cari diskaun dan tawaran yang menarik. Barulah berbaloi dan poket korang pun takdelah terlondeh sangat. Betul tak?

Haa..orang Malaysia ni memang suka sangat makan, tambah-tambah fast-food. Favourite admin, mestilah KFC!

Psstt..korang nak tak kalau admin pecahkan satu rahsia, di mana sambil korang pesan KFC secara online, korang juga boleh nikmati pelbagai tawaran eksklusif, diskaun hebat dan kumpul mata ganjaran untuk pembelian seterusnya. Bestnya!

Muat turun aplikasi KFC & terima baucar RM10!

Download apps je dah dapat baucar? Haa..itulah yang bestnya dengan aplikasi KFC ni, korang hanya perlu daftar dan log masuk untuk tebus baucar ni.

Untuk gunakan baucar ni pula, korang perlu buat pembelian minimum RM20 menggunakan aplikasi ni tau. Memang banyak yang korang boleh jimat weh!

Yang lagi best, ada diskaun sehingga 30% juga!

Kadang-kadang bila keluarga atau kawan-kawan nak datang rumah, pening jugak fikir nak masak apa. Tak payah susah hati, korang order je KFC. Dah tentu budak-budak dan orang dewasa suka. Korang pun tak pening dah nak hidang apa untuk tetamu!

Menariknya bila korang pesan melalui aplikasi KFC ni, korang tak payah risau pasal harga sebab KFC tawarkan baucar 30% diskaun daripada jumlah pesanan korang. Fuyoo! *Tertakluk terma dan syarat

Tapi, korang kena buat pesanan minimum RM20 tau. Lebih menarik, dengan setiap pembelian korang tu, korang akan dapat mata ganjaran. Dahlah dapat diskaun, siap ada mata ganjaran lagi. Korang takkan jumpa tawaran ni kat mana-mana selain pesan di aplikasi KFC je tau!

Pesan menu eksklusif KFC & nikmati penjimatan berganda-ganda!

Asyik pesan yang sama je, apa kata cuba menu lain pulak?

Haa..kalau korang nakkan kelainan daripada pesanan biasa korang di KFC, KFC juga ada menyediakan menu eksklusif KFC yang telah didiskaunkan sebanyak 30% tau. Haa..jadi korang bolehlah gunakan baucar 30% diskaun yang korang dah tebus tu dan nikmati penjimatan berganda sehingga 60%! Gila best!

Jadi, apa lagi korang tunggu? Muat turun aplikasi KFC di App Store dan Google Play dan pesan sekarang untuk tawaran yang super berbaloi ni. Jangan cakap abang tak payung!

Untuk maklumat lanjut, layari KFC.com.my.

SKIP THIS AD ×