berita

Guna Beg Plastik Sampah Sebagai PPE, Tiga Jururawat Disahkan Positif Covid-19

April 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Tiga orang jururawat yang berkhidmat di Northwick Park Hospital, Harrow di Australia disahkan positif Covid-19 selepas menggunakan beg plastik sampah sebagai peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Guna plastik sampai sebagai PPE

Menerusi laporan Metro Uk, ketiga-tiga mereka dipercayai terkena jangkitan wabak maut itu selepas mereka bertiga terpaksa menggunakan beg plastik sampah untuk merawat pesakit Covid-19. Difahamkan, hal ini berlaku kerana pihak hospital berdepan dengan masalah kekurangan PPE untuk kakitangan perubatan.

Menurut sumber, beberapa minggu yang lalu salah seorang daripada jururawat tersebut telah memuat naik gambar di media sosial yang memaparkan mereka bertiga memakai beg plastik sampah. Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Menerusi posting tersebut juga, jururawat berkenaan ada merayu agar topeng muka, gaun dan sarung tangan dapat disediakan secukupnya di hospital berkenaan.

Merawat rakan sekerja

Sementara itu, menurut sumber daripada pihak hospital memberitahu bahawa lebih daripada 50% kakitangan perubatan telah mengendalikan wabak Covid-19 ini dalam satu wad rawatan.

Tambahnya lagi walaupun pihak hospital telah memberi amaran kepada kaktitangan perubatan supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan kepada media mengenai masalah kekurangan PPE di hospital tetapi masih ada yang berbuat demikian. Salah seorang daripada jururawat berkenaan juga dikatakan telah memberitahu media mengenai isu tersebut.

Kami memerlukan kit PPE yang lebih baik. Jika tidak, jururawat dan doktor akan mati.

Menurut jururawat itu lagi, mereka juga sudah mulai merawat rakan sekerja mereka yang jatuh sakit selepas terkena jangkitan daripada pesakit Covid-19 di hospital berkenaan.

Sumber: Metro Uk, Independent Uk

SKIP THIS AD ×